Wan Azizah Vacates Permatang Pauh Seat To Make Way For Anwar

Finally...Anwar akan bertanding...

KUALA LUMPUR, July 31 (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail has resigned as Member of Parliament for Permatang Pauh with immediate effect to make way for her husband, Datuk Seri Anwar Ibrahim, to contest the seat in a by-election.

Wan Azizah, 55, said she tendered her resignation letter to Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Thursday.

She had discussed the matter with the PKR leadership and its partners in Pakatan Rakyat, she told a news conference at the PKR headquarters here, attended by Anwar and their daughter, Nurul Izzah, the MP for Lembah Pantai.

Wan Azizah, who is also the opposition leader in the Dewan Rakyat, has been the Permatang Pauh MP since 1999. The seat was previously held by Anwar.

Wan Azizah said she would remain the PKR president but her replacement as opposition leader would be discussed by the Pakat Rakyat members.

The news conference which was also attended by several party leaders as well as DAP representative Tan Kok Wai, was held in a calm atmosphere although she was besieged by local and foreign media representatives.

Meanwhile, Anwar, 60, said he was moved and indebted to his wife who was willing to vacate the seat although it was not an "easy thing" to do.

He said his decision to contest in Permatang Pauh was because it was a safe seat although he had been offered other parliamentary seats, including Bandar Tun Razak which is held by Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Gombak, whose incumbent is PKR vice-president Mohamed Azmin Ali.

AJL 22 Final - 01 - Jinbara - Farhana Puteri Bumi Kenyalang

suka plak tgk vclip jinbara masa ajl 22 nih...best la performance diorang..tapi tak menang lah

Alam Perwira.....nostalgia betullah..

nostalgia betullah terjumpa gambar alam perwira nih...tingat zaman muda remaja dulu ..asik la beli komik nih...abis duit aku....tapi kalau aku balik kg skrg ni mesti aku korek balik baca..so kira tak sesia la aku beli dulu...sampai skrg pun tak jemu baca hehe..gambar ni kedit to falcon dari porem cari..

aku suka part rahib esa tukar dari gemuk jadi kurus nih hehe
ni bapak ji fat..duke ji chang..bleh ingat plak aku hehe
ni rahib esa masa gemuk..dgn biduanda apa ntah nama dia...hero ji fat la sapa lagi
ni ji kao( abg ji fat) dgn ji fat

Lost letter makes it way back home 60 years later

takleh imagine kalau surat aku hantar arini 60 tahun lagi dpt balik haha

Tue Jul 29, 7:06 PM ET

LAWRENCE, Kan. - A letter detailing the mood after Truman defeated Dewey that was lost in the postal system for nearly 60 years recently turned up in the mailbox of a Kansas woman.

Xan Wedel found the letter, postmarked Nov. 11, 1948, in her mailbox Friday. The envelope was stamped with "Return to sender" and "Found in supposedly empty mailbox."

The letter was addressed to a Ruth Willisten in Rockfall, Conn., but it never reached its destination. It was sent by Gertrude Gilmore, who lived at Wedel's house in 1948.

The letter states, "All Lawrence is in mourning since the election," during which Harry S. Truman beat Thomas E. Dewey for the presidency of the United States. The election would have taken place just days before the letter was postmarked.

Gilmore also talks about her new Westinghouse electric refrigerator and the new pastor at Plymouth Congregational Church.

Wedel said she thinks the Gilmore family built her home in 1890 and that Gertrude was one of their daughters.

"It's impossible to really know what may or may not have happened," said Lawrence Postmaster Judy Raney. "No matter what, we always take it and go ahead and send it on."

Wedel said she is preserving the letter. She photographed the envelope and four-page letter and scanned them into her computer. She said she now has interest in the family who built the home she's lived in for nearly four years.

"It would be really interesting to see if they are still in town or have any descendants that would know the history behind her and who she was writing," Wedel said.


Mutiara Kisah Sejenak Bersama Juha

mutiara kisah dirujuk daripada darulnuman.com
ada byk buku2 yg bagus utk dibeli...beli jgn tak beli...

(*) Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.


Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

Belakang Bererti Hadapan

bu Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Juha* di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.


. “Wahai Syeikh! Di mana rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu.. “Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud. “Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh itu tiba-tiba.. “Tuan kata “di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar.. “Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Abbas mengenai firman Allah ....” Lalu Syeikh itu membaca surah Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya:
Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap perahu dengan paksa.”


“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya di hadapan mereka.” Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. “Subhanallah......” Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?” . “Abul Ghusn.” Jawabnya.. “Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi.
. “Juha.” Jawabnya. ***

Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh, di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya Ubbad bin Suhaib. “Terus ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?” Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.” “Tuan cakap wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan mereka.”

Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu.
.“Siapa nama tuan?” Tanya Ubbad.. “Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu. ***


Pekikan Jubah

Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
.
“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. ***



Kubur Di Atas Tanah

Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya.
.
Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya ke perkuburan..“Buat apa kayu itu?” Tanya orang ramai.
.
“Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur. ***



Unta Minta Upah?

Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya.

“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.***

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.
Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hariraya Aidiladha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.” ***


Kambing Ajaib

Semasa remajanya, Juha pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing bakar. Dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak- tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.
.
Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang. “Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya.. “Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?” Tanya ayahnya lagi.. “Ia adalah kambing buta.” Jawab Juha.. “Mana kedua-dua telinganya.” . “Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?” Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. . “Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.” Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.” Kata ayahnya. .“Pemiliknya telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha. ***


Membeli Bangkai

Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu. “Aku memang ingin memilikinya.” . “Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu.
.
Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu?” Tanya ibunya. “Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya.” Jawab Juha. ***



Jawapan Mengenai Keputusan Fatwa Kebangsaan Tentang PTPTN

susah sgt ke nak ikut sistem islam...dah tentu ramai peminjam tu org islam...leh masuk pelik tapi benar nih

Disiarkan pada Jul 28, 2008 Rujukan Minda Mufti http://drmaza.com/home


Banyak pihak menghubungi saya pada hari ini berhubung dengan pengumuman Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang kembali menghalalkan sistem yang digunakan oleh PTPTN dengan menyatakan ia tidak langgar syarak –seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada hari ini (29 Julai 2008)

Untuk pengetahuan, saya tidak hadir pada mesyuarat khas pada 28 Julai 2008 tersebut yang kembali membincangkan kedudukan PTPTN, setelah diputus riba oleh Jawatankuasa yang sama di Alor Setar yang saya juga turut hadir. Dalam mesyuarat sebelum ini di Alor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba.

Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan. Saya sendiri semasa mesyuarat mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa fatwa hendaklah bebas daripada tuntutan atau kepentingan mana-mana pihak.

Adapun pengumuman beliau tentang keputusan mesyuarat khas terbaru yang memansuhkan keputusan sebelum ini agak mengejutkan. Oleh kerana pada pengalaman yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa tersebut juga pernah mengumumkan tentang kehalalan ASB dengan begitu umum tanpa menyebut bahawa keputusan Jawatankuasa –saya juga turut hadir- yang menuntut terlebih dahulu agar pihak berkenaan menubuhkan jawatankuasa syariah. Saya juga telah mengkritik cara pengumuman itu dibuat.

Untuk kali ini, saya mengambil keputusan menghubungi terus Dato’ Pengarah JAKIM untuk mengetahui kedudukan sebenar. Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang. Jika begitu, ini tentu berbeza dengan pengumuman tersebut.

Berhubung dengan perkara berkaitan, saya sendiri pernah mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa hendaklah menjemput mereka yang mempunyai padangan yang berbeza dalam sesuatu isu agar berbagai-bagai sudut dapat dilihat sebelum fatwa dibuat”.

CLS 350....meleleh air liur beb...

sukanya cls nih...tapi rasanya dpt tgk je la hahaha...harga dlm 700k lebih beb...baik aku beli rumah

The CLS-Class is a saloon that has everything: the low roof cars elegantly over the four doors, sweeping between the long front and rear overhangs. The sporty chassis and powerful engines deliver a rewarding drive. And the interior offers trademark Mercedes-Benz quality and comfort - front and rear. It's a unique synthesis of design and driving pleasure.





MALAYSIA VS CHELSEA



























korang agak2 apa result malam ni ek.....
takde live ke kat tv

July 29, 2008 23:16 PM

Malaysia Lose To Chelsea

SHAH ALAM, July 29 (Bernama) - The national selection team lost 0-2 to Chelsea in a friendly match at the Shah Alam Stadium here Tuesday night.

First Half: Malaysia 0 Chelsea 1

Scorers: Chelsea: Nicholes Anelka (30th minute), Ashley Cole (52nd minute)

Teams:

MALAYSIA SELECTION: Mohd Elmi Eliza Elias, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (S.Subramanian), Irwan Fadzli Idrus (Mohd Asraruddin Putra Omar), Mohd Fauzie Nan (Shafizan Hashim), Mohd Amirulhadi Zainalv(Mohd Nizaruddin Yusof), Mohd Hardi Jaafar (Zairo Anuar Zailani), Indra Putra Mahayuddin (Ashari Samsuddin), Mohd Syukor Adan (Azi Shahril Azmi), Mohd Safee Sali (Mohd Zaquan Adha Abdul Razak), Hairuddin Omar (Mohd Khyril Muhyameen Zambri)

CHELSEA: Petr Cech (Carlo Cudicini), John Terry (Branislav Ivanovic), Ricardo Carvalho (Alex), Wayne Bridge, Deco (Andriy Shevchenko), Michael Essien, Joe Cole, Shaun Wright Philips, John Obi Mikel, Frank Lampard (Scott Sinclair), Nicholes Anelka (Franco Di Santo)

Referee: Subkhiddin Salleh (Malaysia)



-- BERNAMA




I was tagged by Shahliza...huhuhu

i was tagged by shahliza jomlayan huhu

1. nama-nama timangan oleh org tersayang
zam (ni nama yg paling common lah) abang (ni bini aku la yg panggil hehe) abah...(ni anak2 kesayangan yg panggil) ee..family plak yg panggil... apa lagi ek...yg lain2 terlupa lah...muahahah

2. anda seorang yang... **susah berkawan dan susah nk mulakan... **nmpk pendiam tp kecoh gk ar kdg2...tgk org gak laa **simple but nice...

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
**krn diri dia sndri yg membuatkan dia terlalu istimewa...(cam penah nampak je jawapan ni kat mana ntah hehe)

4. makanan favourite anda
**coklat **ske yg pedas2...letak ape je yg pedas kompom abes... ** ayam, ayam, ayam

5. favourite kaler
**biru

6. favourite song **lagu2 yg best..tak kirala sapa nyanyi..

7. sikap yg membuatkan anda stress
**banyak sgt keja **org **org yg ckp satu bnde byk kli (nk soh buat)

8. 3 benda yg mesti ada dalam handbag anda

tak penah bawak handbag daa....


9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??

ni...masa kecik2 dulu...nak susu kot hahaha


10. tag 5 rakan anda
**
blom ade idea lg...nt2 la...

Gud Morning.....


gud morning everybody...hv a nice day ahead heheh...tingat aku lagu nih dulu2 every morning by sugar ray



Sindarela...Final Episode

emm mlm ni final episode lah cite sindarela ni...cite ni cool gak...ada kelakar ada suspense...mcm2 ada lah..kira sesuai la utk santai kan...yg kelakar and yg aku suka makcik mary dgn anak dia hahaha...masa mula2 dulu rasa nyampah gak...last2 cam best plak...sharifah amani plak as zoela..mmg cute la dgn watak dia...cuma hero dia bront tu aku tak minat sgt lah hehe

Jalan-Jalan Pandang-Pandang

korang penah jalan2 kat kde ampang jaya tak....ramai org jogging kat sini petang2 ..pagi2 pun sama...cuma kat satu dua spot kat situ...byk plak monyet2...kalah kat zoo negara hehehe...selalu gak org dtg situ bagi makan monyet2 nih....sukala tgk..lagipun takde la ganas pun monyetnya


bersusun keta kat situ...semata2 nak tgk monyet hehe...
monyet2 ni pun pandai...masa nila nak tunjuk action hikhik
tgkla tu...byk betul....org pun tak takut nak bagi makan...

dia ni tgh feeling sekor2 sambil makan..khusyuk sungguh
monyet ni plak rasa pelik apa yg bestnya tgk monyet...dia pun join sekaki duduk atas jalan nak tgk monyet lain....hihihi

Kait Rambutan Pulakkk.....

Dah aritu makan durian ...hari ni cari rambutan pulak....definitely bukan aku la yg kait guna buluh....aku tolong kutip je...kira bagusla tu...ikut standard aku yg selalunya makan aje hahaha..
byk gile rambutan atas pokok nih..menguning je nampak...kalau pokok ni rendah kan senang..nak mkn je petik..huhuhu

ni gambar atas pokok lagi...takdela tinggi sgt..tapi nak lompat tak sampai la...pokoklak byk semut...

nila yg aku dah kutip..nampak menarik gak...kutip satu makan satu...nasib baik ada lagi bleh simpan utk org lain

isk isk...nak siram pokok rambutan ke? hehehe


One Month Anniversary

haha...sedar tak sedar dah sebulan jugak umur blog aku ni.....dlm bz2 tu byk gak posting..tak sangka plak...hopefully bleh bertahan la...kalau tak terkubur jugak blog aku ni satu hari nanti hehe...

to those yg selalu visit zamzontheblog...thanks a lot for ur support...segala advice and views nasihat etc. dialu2kan...

caucincau hehe


Batman : The Dark Knight

rasanya this is the best cite batman yg aku penah tgk....interesting la jalan cite dia walaupun lama jugak duration cite nih...2 jam kot..

and first time gak aku suka watak org jahat dia ..the joker lakonan heath ledger..
cuma watak rachel dawes tu cam tak best sikit la heroin dia..nampak cam tua sikit plak..maybe sbb sebelum ni katie holmes kot yg bawak character tu...





ni la the joker...cam cool lah mamat ni walaupun org jahat hehe

Rachel Dawes and Harvey Dent

Montage TV3 - Inspirasi Hidupku

sukalah tgk iklan tv3 yg nih esp bab budak sorang tu menari heheh


Malaysia holds key interest rates at 3.50 pct

nampaknya bnm retain opr at 3.50%...so no rate hikela...gud for ppl la kot...cuma myr weaken la lepas ni..tak tau camana bnm nih nak combat inflation pasnih..



KUALA LUMPUR (AFP) — Malaysia's central bank said Friday it will hold its interest rates at 3.50 percent, bucking expectations of a rise to counter a 7.7 percent surge in June inflation.


Bank Negara said it would take steps in its monetary policy to maintain price stability in the medium-term and "ensure that high inflation does not undermine the longer term growth prospects" of the economy.


"Given the underlying fundamental strength of the economy ... the bank's assessment is that after this transitional period, the Malaysian economy has the potential to reestablish its medium growth path."


"Based on this ... the monetary police committee has decided to keep its overnight policy rate unchanged at 3.50 percent," it said.

Shopping Sakan.......

ada tak sapa2 pegi jusco member card sales tadi....phewwwhh punya la ramai org..mcm org bagi free lah gayanya...aku pun saja la menyibuk nak pegi join the crowd...hehe

masuk je jusco tgk org mcm ramai gile...kalah pasar mlm...nak jalan pun asik bertembung sana sini...emm tapi sume org tak kisah...janji leh shopping sakan..


dlm ramai2 org sempat lagi aku tangkap gambar...tak nampak baju nampak org aje..ni baru bahagian lelaki ...kat bahagian pompuan lagi dasat tak sanggup aku nak amik gambar


tapi mmg tak dinafikan la...tgkla discount dia..in average sume 50% and above..esp clothes

promoter pun bz gakla asik bukak bill...tak menang tangan lah..
nak bayar pun beratur panjang beb.....mcm nak amik duit kat post office je..tapi ni org beratur utk bayar duit

dah penat bersesak..ingat lehla balik dgn aman...rupanya jam lagi kat luar...sabar je lah...


utk org yg suka shopping...sure balik senyum sampai ke telinga...yela siap angkut troli tu shopping baju...kalah shopping kat tesco...mau tak tido mlm ni dok teringat duit yg abis buat shopping tadi hehe


Pasrah Di Zaman Badai Fitnah

salam...saja nak share artikel mufti perlis nih...semoga kita beroleh perlindungan dari Allah S.W.T.


Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.

Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.


Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.


Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat. Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.


Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”( Ibn al-Imam, Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)


Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.


Demikian syirik, kufur, bid’ah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadang-kala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.


Nabi s.a.w dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa-doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi s.a.w, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata.


Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah s.a.w. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulamak hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk “Sifat Solat Nabi s.a.w”.


Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi s.a.w apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) “Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).


Demikian doa yang seperti ini -dengan keindahan bahasa arabnya- menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya.


Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.


Telah berulang kita membaca doa Nabi s.a.w. “Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa.


Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu airmata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi s.a.w mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama.


Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasulNya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Kadang-kala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.


Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).


Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam ‘kelentong’ dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.


Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita putus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu.


Walaupun kadang-kala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya.


Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai wajah demi menggoda kita semua?


Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini? Berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.


Pada zaman SaidinaAli bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum muslimin, termasuk para sahabah Nabi s.a.w. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini.


Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Berbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah.


Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): “Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).


Sebelum pertempuran antara dua sahabah; ‘Ali dengan Mu’awiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang mashyur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda’ yang datang menemui Mu`awiyah dan berkata: “Wahai Mu`awiyah! Apakah alasanmu memerangi `Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan”.


Jawab Mu`awiyah: “Aku memeranginya kerana darah `Uthman dan sesungguhnya `Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh `Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai`ah (janji taat) dengannya”.


Maka Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pergi menemui `Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Mu`awiyah. Saiyyidina `Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: “Kami adalah pembunuh `Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami”. Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270).


Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu`awiyah dan bertanya: “Engkau memerangi `Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?”.


Jawab Mu`awiyah: “Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa `Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah `Uthman. Beritahu `Ali, serahkan pembunuh `Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya.” (Ibid 8/132).


Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi’in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.


Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti ‘Ali bin Abi Talib sepupu Nabi s.a.w juga khalifah yang sah, ‘Aisyah isteri Nabi s.a.w sendiri, Mu’awiyah sahabah Nabi s.a.w, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi s.a.w.


Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.


Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

E-mel: moasriza@yahoo.com

Layari http://drmaza.com/

Malaysia's Inflation Jumps to 26-Year High on Fuel

inflation dah naik beb...pasal harga minyak la nih...kalau interest rate naik lepas ni..terukla sapa yg loan diorang floating rate kalau blr naik

By Stephanie Phang and Ranjeetha Pakiam

July 23 (Bloomberg) -- Malaysia's inflation accelerated to a 26-year high in June after the government increased fuel prices, spurring speculation the central bank will raise interest rates for the first time since April 2006.

Consumer prices rose 7.7 percent from a year earlier, after a 3.8 percent gain in May, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad told reporters today in Putrajaya, outside Kuala Lumpur. Inflation may stay above 7 percent in July, the minister added.

Malaysia may be forced to join neighboring Thailand and Indonesia in raising borrowing costs amid soaring oil and food prices, even as a U.S. slowdown threatens the region's economic expansion. Asian central banks need ``decisive tightening'' of monetary policies to combat inflation, the Asian Development Bank said yesterday.

Malaysia Inflation May Quicken, Prompt Rate Increase

Korang ikut tak keadaan ekonomi kat msia nih...nampaknya inflation makin naik...so jumaat ni akan ada meeting utk decide whether bank negara akan naikkan interest rate ke tak...


July 22 (Bloomberg) -- Malaysia's inflation probably accelerated to a 26-year high in June, intensifying expectations the central bank will this week raise interest rates for the first time since April 2006.


Consumer prices rose 6.6 percent last month from a year earlier, according to the median forecast of 19 economists surveyed by Bloomberg News. Bank Negara Malaysia may raise its overnight policy rate on July 25, according to 12 of 20 analysts. None of the 11 economists in the last survey in May had expected an increase this month.

Consumer prices may climb 7 percent ``or even higher'' this month after a similar gain in June, Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop said yesterday. Inflation probably exceeded 6 percent in June, central bank Governor Zeti Akhtar Aziz said on July 9, raising the estimate from an earlier prediction of 5 percent. The inflation report is due tomorrow.


The last time inflation was above 6 percent was June 1998, when the central bank's then benchmark three-month intervention rate was 11 percent. Malaysia's overnight policy rate, introduced in April 2004, has been kept at 3.5 percent for 17 straight meetings, and, together with Hong Kong's and Thailand's, is the second lowest in Asia according to Bloomberg data.


Concerns that inflation will hurt growth and erode investors' returns have added to a slump in Southeast Asia's stocks and bonds.






Beijing Architecture for Olympic

Dasat tul preparation utk olympic 2008 kat china nih...bangunan pun canggih gile..

The new China Central Television headquarters building in Beijing.


The building consists of two angled towers connected at the top to form a continuous loop of horizontal and vertical sections. The spectacular 230 meter (755 foot) building, one of Beijing's tallest, will house more than 10,000 staff. The building is one of a series of landmarks, notable for their futuristic design, that will greet visitors to the Olympics Games, which open Aug. 8.


Cleaners stand in water as they scrub the outside of the National Grand Theatre which has been nicknamed the "egg", in Beijing July 11, 2008.


The Bird Nest National Stadium lit up for a rehearsal of the opening ceremony is reflected in a pool of water in Beijing, China, Wednesday, July 16, 2008. Full dress rehearsals are conducted under a cloak of secrecy ahead of one of the most anticipated summer Olympic Games. (AP Photo/Ng Han Guan)

Two Olympic venues, the National Aquatics Center, also known as the Water Cube, left, and the National Olympic Stadium, also known as the Bird's Nest, at right, are seen in Beijing. (AP Photo/Greg Baker, file)

Gemuruh by Faizal Tahir

Lagu utk naikkan semangat pagi2 nih ...suka aku dgr lagu ni...rasa cam nak pegi OBS je




Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Put The Glass Down

ni la yg aku maksud kan ...put the glass down hehehe

ni gambar hiasan jeee...


A professor began his class by holding up a glass with some water in it. He held it up for all to see and asked the students,

'How much do you think this glass weighs?'
'50 gms!'.... '100 gms!'...... '125 gms' ...... the students answered. 'I really don't know unless I weigh it,' said the professor,

'but, my question is: What would happen if I held it up like this for a few minutes?'


'Nothing' the students said.


'Ok! What would happen if I held it up like this for an hour?' the professor asked.


'Your arm would begin to ache', said one of the students.

'You're right, now what would happen if I held it for a day?'


'Your arm could go numb, you might have severe muscle stress and paralysis and have to go to hospital for sure!' ventured another student; and all the students laughed.

'Very good. But during all this, did the weight of the glass change?' asked the professor.

'No'


'Then what caused the arm ache and the muscle stress?' The students were puzzled.

'Put the glass down!' said one of the students.

'Exactly!' said the professor.

'Life's problems are something like this. Hold it for a few minutes in your head and they seem okay. Think of them for a long time and they begin to ache. Hold it even longer and they begin to paralyze you. You will not be able to do anything'.


'It's important to think of the challenges (problems) in your life, but EVEN MORE IMPORTANT is to have trust in Allah (swt) and to 'put them down' at the end of every day before you go to sleep.

That way, you are not stressed, you wake up every day fresh and strong and can handle any issue, any challenge that comes your way!'
So, as it becomes time for you to leave office today,

Remember friend to 'PUT THE GLASS DOWN TODAY' and have tranquility by putting trust in Almighty Allah (swt).

Its Monday Again

Kejapnya rasa abis weekend aku....kalau boleh nak cuti seminggu direct...have a gud rest...unfortunately that is not going to happen..for now...sigh..

however..aku managed to put my glass down..sapa penah baca cite put down the glass sure paham hehe...

hopefully this week can be better than last week....enjoy ur weekdays..

Bang Bang Boom

Korang ada tgk rancangan nih...kelakar gak...pengacara dia amat dgn azahari tu pun cam sempoi je....selalu gak aku ikut...cuma kekadang tak sempat tgk kat website tv3 la...online aje...

yg ni kelakar gile part sorang aci tu kejar diorang balik..siap bawak payung tuu hahaha




English Premier League

With less than one month to go, byk lagi transfers have yet to be finalized...esp those yg involve key players of the current team...tak sabar rasanya nak tunggu...at least ada something interesting to watch on saturday night hehe...


ronaldo...going to real madrid...cam la pak cik alex nak lepas senang2... heheh

pakcik alex tu mmg minat dgn berbatov nih..its just a matter of pricing...too high..kalau mu angkat mamat ni pun best..

Lampard going to inter milan?

ronaldinho ...confirmed ke ac milan..hopefully dia leh shine balikla...

Save 29-50% with HydroFuel

Tgk berita smlm pasal another alternative to petrol is...hydrofuel...tapi before this tak penah dgr lagi...compared to ngv yg quite common esp to taxis....

PUTRAJAYA 18 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Hydrofuel dihasilkan selepas kajian awal dilakukan selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat itu mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air paip sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.


Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama-sama petrol ketika melalui injektor kereta.


Produk Hydrofuel boleh diperoleh pada harga kira-kira RM1,300, manakala MySmart Fuel Saver boleh dibeli pada harga RM499. Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan mahukan penjimatan petrol hingga 50 peratus, mereka boleh mendapatkan pakej Hydrofuel bersama-sama MySmart Fuel Saver pada kadar RM2,300.


Produk Hydrofuel boleh diperoleh pada harga kira-kira RM1,300

MySmart Fuel Saver boleh dibeli pada harga RM499