Save 29-50% with HydroFuel

Tgk berita smlm pasal another alternative to petrol is...hydrofuel...tapi before this tak penah dgr lagi...compared to ngv yg quite common esp to taxis....

PUTRAJAYA 18 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Hydrofuel dihasilkan selepas kajian awal dilakukan selama lima tahun iaitu dari 1997 hingga 2002 dan kemudian pada 2006, syarikat itu mengorak langkah mengkomersialkan produk berkenaan.

Hydrofuel berfungsi menggunakan sistem teknologi air paip sebagai bahan bakar dan sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.


Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama-sama petrol ketika melalui injektor kereta.


Produk Hydrofuel boleh diperoleh pada harga kira-kira RM1,300, manakala MySmart Fuel Saver boleh dibeli pada harga RM499. Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan mahukan penjimatan petrol hingga 50 peratus, mereka boleh mendapatkan pakej Hydrofuel bersama-sama MySmart Fuel Saver pada kadar RM2,300.


Produk Hydrofuel boleh diperoleh pada harga kira-kira RM1,300

MySmart Fuel Saver boleh dibeli pada harga RM499

0 comments:

Post a Comment