Histeria : Gangguan atau tekanan perasaan?

tgk kat dalam harian metro ari ni terbaca pasal cite nih....histeria kat sekolah2...ramai pulak tu yg kena....bukannya sorang dua...pelik betul...takkan tekanan kan..

tapi kalau gangguan mmg ada kemungkinan....rasanya bagi budak2 yg penah duduk asrama...benda ni mmg pernah dilalui...cuma kecoh dgn tak je...aku masa kat skolah dulu pun ada gak experience camni...org cakap ada org nak test ilmu dia...tempat paling senang..kat asrama2 skolah lah..sbb tu asrama selalu jadi target....ramai budak2 kan..

ada sekali masa form 5 ke form 4 siap ada lembaga jalan kat dinding tu...ramai budak yg nampak...nasib baik aku tak nampak haha...tapi mmg kecohla satu sekolah masa tu...

tapi sampai skrg pun ada lagi benda ni...sapa2 yg jadi warden ke cikgu2 sure la pening kepala kan..huhuhu



Kronologi kes histeria

8 Ogos 2008

KUCHING:
Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, di sini, termasuk dua lelaki, diserang histeria ketika belajar di dalam kelas bermula jam 8 pagi. Kejadian yang berlaku sejak dua hari lalu itu menyebabkan mereka menjerit-jerit dan hilang kawalan diri. Sebahagian daripada 569 pelajar sekolah itu bersama 20 guru dikehendaki mengikuti proses ‘pemulihan’.

KUANTAN: Selepas kejadian histeria dilaporkan 24 Julai lalu, kejadian sama berulang semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, di sini, membabitkan 11 pelajar sehingga menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
Seorang pelajar terbabit rebah ketika berjalan keluar dari sekolah. Dia yang dibantu kakitangan sekolah mengusung pelajar terbabit masuk ke dalam kereta sebelum mangsa mengamuk secara tiba-tiba.

7 Ogos 2008

SUBANG JAYA: “Saya lihat seorang wanita tanpa wajah, menyebabkan saya menggigil ketakutan dan menjerit sekuat hati sebelum tidak sedarkan diri,” kata seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, di sini. Dia antara beberapa pelajar sekolah itu yang diserang histeria dua kali pada Selasa dan Khamis lalu.

4 Ogos 2008

TELUK INTAN: “Bulu roma saya meremang apabila Lin berkata dia melihat satu lembaga hitam berdiri di tepi tingkap rumah. Saya terus menyuruhnya mandi dan tidak lama selepas itu badannya tiba-tiba menggigil dan matanya terbeliak,” kata Bakir Mejo, 62, bapa Nurul Azlin Bakir, 15. Nurul antara 12 pelajar, termasuk empat lelaki, Sekolah Menengah Seri Kandi, di sini, yang histeria ketika mengikuti perkhemahan motivasi dan ceramah.

24 Julai 2008

KUANTAN: Sebilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, di sini, diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari, terutama menjelang tengah hari sejak Mei lalu. Setiap hari hampir empat ke lima pelajar diserang kejadian misteri itu dan mengikut laporan akhbar seramai 35 pelajar terbabit.

17 Julai 2008

NIBONG TEBAL: “Hang, jangan kacau aku... kita kawan. Semua dalam tu (badan pelajar perempuan lain) kawan aku,” jerit seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, dipercayai diserang histeria.

Pelajar berusia 13 tahun terbabit antara 10 pelajar tingkatan satu yang diserang histeria di dalam kelas apabila mahu memulakan pembelajaran selepas tamat waktu rehat.

19 Jun 2008

CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini ‘huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri, dipercayai dirasuk makhluk halus.

Serangan histeria itu dikatakan bermula apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.

24 April 2008

TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang, di sini, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali daripada menziarahi jenazah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas pada jam 11.30 pagi.

14 April 2008

SEREMBAN: ‘Pagar’ yang dipasang seorang bomoh untuk mengawal makhluk halus daripada mengganggu pelajar sudah sampai ‘tarikh luput’ dipercayai menjadi punca 15 pelajar dan seorang guru perempuan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, di sini, diserang histeria.

31 Januari 2008

DUNGUN: Hampir 200 pelajar perempuan dan lelaki Sekolah Menengah Sains Dungun, di sini, histeria, menyebabkan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh itu terpaksa ditutup empat hari.

Kejadian dipercayai bermula jam 9.30 pagi selepas seorang pelajar tingkatan dua mula menjerit sebaik tamat perhimpunan.

sumber: Harian Metro

2 comments:

Anonymous said...

kat sekolah adik saya pn selalu jadi kes camni. dia cakap, kat dalam surau pn boleh jadi cmtu. bila dia blk rumah, dia selalu la cerita pasal kes2 tu. huu.. ngeri gak dengar.

Zamz said...

kat sekolah selalu jadi camtu kan pelik gak...tapi nak buat camana dah nak jadi...selalunya ada la ustaz2 yg boleh ubat kan atau halau benda2 nih

Post a Comment