Permatang Pauh By-ELection: Anwar Won By 15,671 Votes

Anwar menang majoriti undi 15,671

oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Fazli Abdullah, Norfatimah Ahmad, Johari Ibrahim, Mohd Anwar Patho Rohman, Fazallah Pit dan Norakmah Mat Youb

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.


Sebaik keputusan diumumkan, ia disusuli dengan sorakan kira-kira 500 penyokong PKR di dalam dewan manakala kira-kira 20,000 di padang berhampiran yang berkumpul sejak jam 5 petang.

Sebanyak 65 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang hujan pada tengah hari merencatkan pengundi keluar mengundi apabila kebanyakan jalan utama ke semua 25 pusat mengundi, dilaporkan sesak teruk.

Beberapa insiden membabitkan kekecohan penyokong pembangkang juga dilaporkan berlaku, termasuk kereta yang dinaiki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibaling dengan botol ketika meninjau pusat mengundi, pada sebelah tengah hari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang diwakilinya sejak 1999 bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding semula di kerusi yang disandang sejak 1982.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang buat kali kedua berturut-turut menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888.

Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.

Pada pilihan raya umum 2004 pula, BN kalah dengan majoriti 590 undi.

Tiga DUN dalam Parlimen terbabit adalah Seberang Jaya yang diwakili Arif Shah sebagai Adun dan mempunyai sembilan daerah mengundi, sembilan di kawasan DUN Permatang Pasir dan 10 di DUN Penanti.

Sementara itu, Arif Shah ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan tetap berkhidmat kepada pengundi di Permatang Pauh meskipun keputusan pilihan raya kecil tidak memihak kepadanya.

Beliau berkata, pendiriannya tetap sama iaitu membela nasib rakyat berbilang kaum di kawasan parlimen itu.

9 comments:

iEn said...

tahniah lew

Mr. Azman said...

Heheheh... menang atau kalah... bolos saja dinding ituuu..... *kata Zizan.

Tadek kene mengene kan. Xceli sape sape menang pon aku tak kesah. Sebab adat dalam politik same macam dalam industri hiburan. Ada orang suka, ada orang benci.

Kite suke artis yg tuh... tapi ade yang mencemuh orang yang kite suke. Masalahnye kite bukan sehati dan sejiwa. Aku suke... itu aku punya hak, kau tak suke, itu kau punya pasal.... ekekkee

Politik...politik... lu pikir lah sendiri.

Kreuger®

zamz said...

haha tahniah kat anwar la ien hehe

azman yela sume ada pendapat masing2
aku tak risau sgt pasal election cuma apa akan jadi lepas ni...that is my concern

meo188 said...

wah, akhirnya... penat jerih anwar & penyokong2 setia selama sedekad dah terbayar. Anwar kembali... the return

zamz said...

tula 10 tahun berjuang kan...

nurul said...

permatang pauh sememangnya kubu kuat anuar... nampaknya anwar bertambah lagi kuasa dia & nmpaknya saham esok tampak goyah lagi...

zamz said...

goyah takpe lagi kalau merudum abis laa

ratna said...

tahniah..tp saya nak BN menang..

zamz said...

ratna nak bn menang ke...next election la kot

Post a Comment