Kuih Harga 10 Sen

bestnya kalau kat kl ada lagi org jual kuih harga 10 sen jgn kata sejam 15 minit dah abis..tapi masalahnya harga makin naik kat kl nih..tepung naik 10 sen sekilo kuih pun naik 10 sen sebijik..macam tak logik je

BALING: Tidak ramai peniaga yang sanggup menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji tetapi itulah yang dilakukan seorang suri rumah Halipah Dahaman apabila tidak pernah menaikkan harga kuihnya sejak 26 tahun lalu.

Halipah, 52, menyifatkan kenaikan harga barang bukan menjadi halangan untuk beliau mengekalkan harga kuih 10 sen sebiji kerana beliau masih mendapat keuntungan apabila kuantiti yang dijual itu adalah banyak.

Beliau membuat lebih sepuluh jenis kuih termasuk tepung talam, pulut seri muka, kuih lompang, cucur udang, kuih karya dan buah melaka, yang kesemuanya dijual dengan harga 10 sen satu.

- Bernama

12 comments:

azza said...

waaa....rasa nak g beli kuih kat makcik tu..murahnya..
sini pun mahal..tapi kat sg kob, kulim..mmg ada kuih harga seposen dan 20 sen..tiap kali lalu situ azza msure singgah..terasa macam zaman2 skolah dl je...

zamz said...

jauhla pulak nak ke kulim baling beli kuih kan hehe

Myza Pesona said...

Baru ni beli buah melaka RM 1 untuk 4 biji. Yang lain - lain RM1 untuk 3 ketul. Untung ke jual kuih Rm0.10 tu? Tapi mudah- mudahan dimurahkan rezeki kalau dia ikhlas, tak pentingkan keuntungan saja!Tapi memang betul kuih - kuih di sebelah utara murah! Pernah singgah beli kuih di K. Kangsar, murah kuih2nya! Sedap pulak tu!

aeropama dot com said...

makcik ni memang dasat! xkejar keuntungan secara cepat. tp kejar keuntungan yg constant. kagum!

smaelz83 said...

Ni la yg org kata hobi meniaga bukannya meniaga kerana untung.. suka tgk brg jualan abis. Hebatlah makcik nih...

@k@kPOKPEK said...

pelik ye camtu..

dekat dgn kaw perumahan @pp(bersebelahan) ada gerai jual kuih 4 = RM1.

anyway, bila bawa balik dan makan masa berbuka, hmm......(fill in the blank)

*SiRibenMerah said...

hikss..
kat kedah neh ramai je yg jual kuih sepuluh sen..
ngeeee~

untung btul kannn??

Mr PenyuBiru said...

aku rasa pasal kat Baling memang la kena jual harga semurah tu.kalu jual harga mahal gerenti kena pulau ngan orang kampung.

zamz said...

myza dia cakap still bleh untung cuma takdela untung byk sgt..

aeropama..go for volume la kan mesti untung punya..dari jual mahal tak abis tapi kat kl ni jual mahal pun abis hehe

smaelz..tula susah nak cari org camni kan

app..pelik tapi benar hehe

siribenmerah org kedah ke?

mrpenyubiru..conclusionnya boleh la jual murah kan..

suara said...

Salam.

Baru 3 hari lepas, masa saya balik kg, hubby pegi beli kueh. Dijual dgn harga 3 biji seringgit. Bila balik, mak kata kueh tu selalunya dibeli dgn harga 4 seringgit.

Aduhai... nampak je wajah yg asing (bukan org kg), terus harga berubah. Nak kata peniaga tu tamak, kedengaran melampau pulak. Senyum je lah walaupun rasa tertipu.

zamz said...

sesama sendiri pun harga lain2 ek..pelik tul..bukannya leh kaya pun hehe

farah aminuddin said...

waaa... ade lg org jual 10sen ek.. tak sangka

Post a Comment