Rawatan Arus Elektrik

penah try? takut plak rasanya hehehe

SEBUT arus elektrik, pasti ramai membayangkan mengenai bahaya dan risiko. Betapa tidak, jika terkena elektrik, mangsa biasanya hanya berdepan dua pilihan, sama ada cedera atau maut.

Bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan segala-galanya. Kini, menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan.

Pelik? Barangkali terapi itu masih asing di kalangan penduduk negara ini, tetapi hakikatnya ia diguna pakai beberapa tahun lalu. Di negara luar, terutama Jepun, ia sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya sehingga turut digunakan di klinik dan hospital.

Di negara ini, manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati pelbagai lapisan masyarakat menerusi pengenalan mesin terapi medan elektrostatik Dr Jism dan mesin terapi medan elektrostatik ‘generasi kedua’ Family Dr oleh Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al-Jabbar).

Perunding Penjagaan Kesihatan Al-Jabbar, Mohd Faizal Mohd, berkata kaedah diguna pakai teknologi itu mudah dan selamat. Katanya, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu.

“Mesin berkenaan mempunyai kepelbagaian fungsi yang mengguna pakai sepenuhnya arus elektrik untuk membantu mengawal penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik.

“Dr Jism mengetengahkan fungsi untuk voltan tinggi, voltan negatif, voltan rendah, tenaga gelombang ringan dan pengionan negatif, manakala Family Dr pula mempunyai fungsi voltan tinggi, voltan negatif serta pengionan negatif.

“Apabila digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Sebagai kesimpulan ia umpama membuang kotoran dari dalam badan,” katanya.

Menurut Mohd Faizal, penggunaan voltan tinggi berfungsi dalam membantu merawat pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, gout, batu karang, lemah sendi, darah tinggi, kolesterol tinggi, migrain dan strok.

“Penggunaan fungsi voltan tinggi mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pemilihan tahap voltan bergantung kepada keadaan pesakit.

“Jika memilih tahap tinggi iaitu 9000 voltan, ia menggegarkan saluran darah untuk kadar 60 gegaran dalam satu saat. Umpama menggugurkan daun kering daripada sebatang pokok, ia secara mudah mampu membersihkan saluran darah,” katanya.

Mohd Faizal berkata, fungsi voltan negatif pula lebih kepada membantu mengembalikan tenaga dan mampu membuatkan seseorang itu dalam keadaan segar sentiasa.

Katanya, arus elektrik digunakan tidak menggegarkan, sebaliknya ‘menangkap’ toksik dalam badan sebelum dikeluarkan menerusi proses pembuangan air besar atau kecil.

“Untuk fungsi ketiga iaitu voltan rendah, penggunaannya membantu mengekalkan tahap kesihatan dan mampu membuatkan seseorang itu segar sentiasa.

“Sesiapa yang tiada penyakit juga boleh menggunakannya,” katanya.

Menurut Mohd Faizal, satu fungsi menarik pada Dr Jism adalah kemampuannya memecahkan lemak.

“Fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan. Kajian dilakukan mendapati dalam tempoh seminggu, seseorang itu mampu mengurangkan berat badan antara tiga hingga empat kilogram,” katanya.

Mohd Faizal berkata, pengionan negatif pula berkesan dalam meneutralkan udara dengan pembebasan lima juta vitamin ke udara.

“Pesakit asma sangat sesuai menggunakannya. Alat pengionan negatif ini boleh disedut kerana ia turut berfungsi membebaskan oksigen dalam darah,” katanya.

Menurut Mohd Faizal, sesiapa yang ingin menggunakan terapi itu perlu menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dulu bagi mengesahkan masalah kesihatan dialami.

Katanya, mesin terapi berkenaan boleh digunakan dari tempoh 20 minit sehinggalah sembilan jam 58 minit.

“Sebelum dan selepas menjalani terapi, pengguna perlu meminum sekurang-kurangnya 1.5 liter air kosong atau lebih elok air beralkali. Di sini (pusat terapi medan elektrostatik Al-Jabbar), air beralkali disediakan secara percuma.

“Begitupun, terapi itu tidak boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai alat perubatan elektrik dalam tubuh seperti jantung tiruan dan mesin paru-paru. Nasihat doktor diperlukan dalam kes seperti anda bakal menjadi ibu, menghidap demam dan penyakit berjangkit,” katanya.

Mohd Faizal berkata, sesiapa yang mencuba terapi tidak perlu melalui proses rumit, sebaliknya hanya perlu memilih sama ada mahu duduk atau berbaring membiarkan arus elektrik mengalir di tubuh untuk tempoh tertentu.

“Ia menjimatkan masa dan tenaga. Sambil tidur sekalipun, terapi boleh dilakukan,” katanya.

Sementara itu, pengusaha bengkel kereta, Mohd Yusof Musa, 59, berkata selepas 10 bulan mencuba terapi berkenaan, ia terbukti mempunyai kesan seperti diuar-uarkan.

“Paling ketara, saya mampu tidur lena berbanding sebelum mencuba terapi itu. Badan tidak lagi sakit. Saya juga mudah untuk buang air dan ia rasanya bagaikan membuang kotoran dari dalam badan,” katanya.

Suri rumah, Zaini Mohd Yunus, 47, pula berkata dia mampu membuat kerja rumah seperti menyapu dan mengemas selepas sembilan bulan mencuba terapi berkenaan.

“Sakit lutut dan tumit semakin berkurangan dan badan berasa ringan. Jika dulu pergerakan terbatas, selepas mencuba terapi itu, saya mudah bergerak,” katanya.

Selesai temubual, wartawan Metro Ahad berpeluang mencuba terapi berkenaan dan mendapati ia cukup mudah. Hanya perlu duduk di atas kerusi yang ada bantal nipis yang mempunyai kabel bersambung mesin terapi itu.

Tiada apa-apa kesan, tetapi arus elektrik sebenarnya mengalir ke tubuh. Untuk membuktikannya, mentol menyala apabila disentuh pada tangan.

Arus elektrik juga menghasilkan getaran yang hanya dapat dirasai dengan meletakkan tapak pada helaian kertas menyebabkan kertas bergetar. Bunyi berdesing juga kedengaran apabila meletakkan kertas di telinga.

Bagaimanapun, ketika rawatan, jangan menyentuh antara satu sama lain kerana ia menghasilkan tarikan arus elektrik yang membuatkan anda berasa kebas.

4 comments:

Tirana said...

Masih terasa was-was untuk cuba rawatan ini..hehehe

zamz said...

emm takut gak..tapi kalau boleh baik apa salahnya try kan

ElwhY said...

ermmm....aku penah try gak terapi elektrik nie kat tempat aku...bgus gak arr coz migrain aku daa cure skang nie..tapi daa banyak sgt mesin terapi nie kat malaysia...pro nature laa, dr jism laa, bios 9000 laa...tak tau maner 1 yg bgus...

zamz said...

oo elwhy dah penah try ek..kekadang teringin gak nak try tapi takutla plak hehe

Post a Comment