Tujuh Ibadah Terbaik Diamalkan Akhir 10 Ramadan

- Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.

- Memperbanyakkan berdoa seperti "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku".

- Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: "Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran"

- Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai."(Al- A'raf :205).

- Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.

- Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata "Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya."

- Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud "Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan "sembahyang Tahajud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji." (al- Isra': 79)

11 comments:

Tirana said...

thank you for sharing the ilmu..

@k@kPOKPEK said...

very the informative!!! Thanks!

Mak Su said...

tq

iEn said...

insap2..

Myza Pesona said...

Marilah kita sama - sama mengamalkannya! Mudah - mudahan kita akan bertemua dengan malam yang istimewa itu, insyaallah.... Amin ..!

lochoe said...

bagus betul tuan hamba, rasanya betapa kerdilnya hamba.. huhu, nak nasihat org pun x reti..

zamz said...

yela share je la apa yg ada..bukannya rugi pun kan..lagipun sharing is caring hehe

Yanmie said...

nfo yang berguna...tq..

shaxx said...

jom la sama2 buat...

zamz said...

yanmie welkam

shaxx jomm

myadlan said...

nice sharing..
tapi di zaman skrg ni agak mencabar utk memenuhi tuntutan2 semua kalau iman tak kuat..

Post a Comment