Umrah Ramadan Banyak Ganjarannya


bila nak sampai ek...

ORANG yang beriman akan sentiasa teruja untuk melangkah kaki ke Baitullah. Berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah antara lokasi yang sentiasa ada dalam kamus orang Mukmin.

Sebab itu, saban tahun bilangan umat Islam yang mengerjakan umrah makin meningkat. Lebih-lebih lagi kini peluang mengerjakan haji tidak semudah dahulu. Sebabnya, sistem kuota menyebabkan mendaftar sekarang mungkin 10 tahun lagi baru tiba giliran kita menunaikan haji.

Apabila tiba Ramadan, bilangan yang menunaikan umrah biasanya meningkat berbanding bulan lain. Ini antara lain kerana Ramadan adalah bulan yang dipenuhi keberkatan yang juga disebut syahrul taubat atau bulan taubat.

Malah, ada hadis menyebut beribadat dalam Ramadan yang bermaksud ‘membakar dan panas’ itu pahalanya amat besar iaitu satu ibadat sunat diganjarkan pahala satu fardu manakala satu fardu diberi pahala 70 fardu.

Malah, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala bagi diampunkan baginya dosa yang lalu. (riwayat Bukhari)

baca artikel penuh kat sini ek

13 comments:

Anonymous said...

bila laah dpt pi sano.. adeh :(


p/s: ouh yer.. cik zamz dpr award dr iEn :D

Anonymous said...

bestnyer kalo dapat gi umrah lagi...

Anonymous said...

Mmg la. Bila agknya dpt pegi sana? mudah2an satu ari nanti akn sampai juga kita semua di sana, insyaallah!

Tirana said...

Do'a2kanlah mudah2an satu hari nanti dapat pergi ke sana...

JULIE said...

insya allah, bila sampai seru nanti, sampailah Zamz ke sana. Meanwhile @pp doakan Zamz akan segera ke sana.

love is forever said...

insya Allah..one sweet day akan sampai...

Anonymous said...

ermm..
tringat pulak kat tok yg tak sehat di sana...
mudah2an beliau dikurniakan kesihatan dan kekuatan utk mengerjakan ibadah..

Zamz said...

insyaallah ien niat je dulu..dpt award ke tq

shaxx dah penah pegi ek

Zamz said...

myza insyaallah sampai..kena simpan duit dari skrg lah

Zamz said...

tirana app aminn

Zamz said...

fina insyaallah..

azza...amin

Anonymous said...

tapi kalau asyik keluar masuk je, bila masa nk sampai kesana tu hehehe!

Zamz said...

simpan sikit2 la myza..lama2 jadi byk duit bukan jadi bukit

Post a Comment