Kerajaan Jamin Lindungi Pendeposit Sepenuhnya

so bukan lagi rm 60 ribu..sepenuhnya..sesapa yg savings berjuta kat bank blehla rasa lega sikit kan kan hehe

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kerajaan hari ini menjamin sepenuhnya wang tunai dalam ringgit dan mata wang asing yang didepositkan di dalam kesemua institusi kewangan tempatan berkuatkuasa serta-merta dalam langkah untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan negara.

Jaminan itu diberikan kepada kesemua bank komersial, bank pelaburan dan institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010, demikian menurut kenyataan bersama Kementerian Kewangan dan BNM hari ini.

Menurut kenyataan itu, jaminan berkenaan juga diperluaskan kepada institusi bank tempatan dan institusi bank asing yang diperbadankan di dalam negara.

Tambah kenyataan tersebut, syarikat insurans dan takaful yang dikawal selia oleh BNM juga boleh mendapat akses kepada kemudahan mudah tunai Bank Pusat.

Pengumuman yang turut dilakukan oleh negara jiran Singapura dan juga konsisten dengan inisiatif serantau, merupakan usaha pencegahan awal serta berjaga-jaga memandangkan institusi kewangan Malaysia dimodali secukupnya dengan mempunyai mudah tunai yang besar dan keyakinan pendeposit kekal tinggi, jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, bersandarkan kepada kekukuhan dan juga modal institusi perbankan Malaysia yang kukuh, jaminan berkenaan mungkin tidak perlu dilaksanakan.

''Malaysia mempunyai rangka kerja kawal selia dan pengawasan yang kukuh sambil diperkuatkan lagi oleh disiplin kewangan PIDM,

''Sistemnya yang berbeza telah menyediakan insentif yang kukuh kepada bank-bank untuk menerapkan amalan pengurusan risiko yang baik dan ketat termasuk mengekalkan penampan modal yang kukuh. PIDM juga mempunyai kuasa untuk melindungi pendeposit,'' menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, PIDM hanya melindungi deposit mengikut had perlindungan sehingga RM60,000 bagi seorang pendeposit di setiap institusi kewangan yang menjadi anggotanya.

Ini bermakna PIDM akan hanya melindungi jumlah yang dideposit oleh pelanggan terhad kepada RM60,000 meskipun ia memiliki deposit lebih tinggi daripada nilai berkenaan.

Deposit yang layak mendapat perlindungan termasuk deposit tabungan, semasa, tetap, pelaburan tertentu, cek diperakui dan draf bank.

Kenyataan bersama itu turut menjelaskan, BNM sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan kemunculan risiko dan cabaran yang memberi impak kepada sistem kewangan tempatan.

''Sekiranya wujud keadaan yang membawa kepada ketidakstabilan daripada perkembangan luaran, BNM sebagai langkah tambahan memastikan kecukupan mudah tunai, juga akan menjamin kewajipan yang ada dalam operasi antara bank institusi perbankan dan memudahkan akses yang lebih cekap kepada modal ke paras sasaran lebih tinggi daripada piawaian minimum,'' menurut kenyataan itu lagi.

Selain itu, BNM juga akan terus memastikan rangka kerja kawalan sentiasa peka terhadap keadaan pasaran dan mengekalkan insentif bersesuaian bagi sebarang pengurusan risiko dalam usaha menstabilkan sistem kewangan dan pasaran kewangan.

6 comments:

ZARA said...

Hoyeah!!

Selamat la kawan ku tu...

@k@kPOKPEK said...

kalau x de akta ni pun, @pp still selamat sebab duit dlm bank x sampai pun RM60K. kehkehkeh..

Mak Su said...

elok ler gitu

zamz said...

zara sapa yg selamat tuu

zamz said...

app..benda ni can indirectly impact kita kan..mcm kat US jugaklah..walaupun kita takde kena mengena..tapi..ekonomi msia pun terkena tempias nya..sib baik tempias je

zamz said...

ye maksu..elok bebenor..karang ada gak yg keluar duit simpan bawah bantal hehe

Post a Comment