Selepas Shah Rukh Khan, Sheila Majid Bergelar Datuk


KUANTAN: Ketika industri hiburan tanah air berkocak dengan isu penganugerahan gelaran ‘Datuk’ oleh kerajaan Melaka kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan sehingga mengundang kekesalan ramai penggiat seni tempatan, pengurniaan anugerah dari kerajaan Pahang yang memberi gelaran sama kepada penyanyi, Sheila Majid, sekurang-kurangnya membawa khabar gembira.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu jazz dan soul itu antara 90 penerima Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) juga membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-78, hari ini.

13 comments:

cheryna zamrinor said...

macam dah takde value plak gelaran datuk nieh rasenyeee...

ape kaba fan liverpool? sihat ke?
ehehehe...

Adry said...

owh.. kalau sheila majid tu tak per la kan... yang sampai ke bollywood tu apa kes? huhu


Adry @ http://www.adrysabry.com

Anonymous said...

musim datuk.... macam musim buah kot.... atau macam musim ujan... apa2 laaa...

Anonymous said...

haha..ni aku xkisah sgt..
setuju dgn adry ....

Tirana said...

Ada lagi orang yang lebih layak dapat anugerah tu..

Anonymous said...

skrg ni sume org bleh dpt datuk..muda2 lagi pun dah leh dpt datuk..last2 datuk2 plak yg lagi ramai dari yg takde datuk hahahah

azlin hashim said...

Bila masa pulak shiela majid dpt title datuk nih?

tp tu lah, Sultan Phg terlalu bermurah hati.. yg sy nmpk sgt dpn mata skrg ni org yg layak dpt pengiktirafan tu mcm AZNIL HJ NAWAWI & ROSYAM NOOR...

dia yg byk menyumbang pd Malaysia sampai serata negara, Brunei, Indonesia, Singapore... tp jasa dia msih org tak nmpk lg... tak pe, kita TUNGGU sama2!!!

Anonymous said...

azlin sure dpt gak diorang tu sooner or later je..

cendawanintim said...

sheila majid takper la..tak se kecoh cam SRK.

Myza Pesona said...

Sheila ni tak pe la jugak dapat Datuk!Dah lama dia dlm industri muzik ni!Sejak dia blm kawin smpailah sekarang! Masa study dulu, suka dengar lagu2 dia mcm Gerimis Semalam, Dia, Warna, Antara Anyir dan Jakarta dll. Smpai sekarang pun masih suka dgr lagu2 dia ni!

Zamz said...
This comment has been removed by the author.
Zamz said...

emm ok gak dari shah rukh khan

Anonymous said...

Datuk Sheila Majid

Congrats.

Dia lah yg betul2 tulin harus menerima gelaran tu - yg lain tu emmhhhh....no comment, betul2 malas nak buang masa on this subject.

Like Sheila sings .....'tiru macam saya' dia dah buat sindiran, kalau nak title tu

Kerja rajin2 jgn malas n be true to yrself

THINK OUT OF THE BOX - Buang fikiran yg negatif ambil yg positif ..............

Kalau gitu KITA S E L A M A T !!!

WARNA888

Post a Comment