Jom kita muhasabah diri hari jumaat ni..semoga kita menjadi org yg lebih bersyukur setiap masa SECARA umum, nikmat dikurniakan Allah kepada setiap manusia dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, nikmat bersifat fitri atau asasi iaitu nikmat diterima manusia sejak dilahirkan lagi. Kedua, nikmat mendatang iaitu nikmat diterima dan dirasakan mengikut keadaan dan waktu. Adapun nikmat mendatang itu pula ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya diterima manusia dalam perjalanan hidupnya. Segala sesuatu yang ada dalam dunia ini, bermula daripada tanam-tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan hasil dari perut bumi, semuanya disediakan semata-mata untuk dimanfaatkan umat manusia. Lazimnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari betapa berharganya nikmat dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (diambil kembali oleh Allah). Misalnya, mata menjadi rabun, telinga menjadi pekak, kaki patah dan tangan putus. Apabila perkara ini berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah amat terasa kehilangan nikmat dan kekurangan diri. Sesungguhnya nikmat kesihatan amat dirasai apabila seseorang itu sakit. Seseorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat; dan akan merasa sebaliknya jika dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya. Oleh itu, peliharalah setiap nikmat yang diperoleh itu. Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekal-Nya. Tanda seseorang itu bersyukur ialah akan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah untuk melakukan amal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. Oleh Mohd Shukri Hanapi
|
Bersyukur Dengan Nikmat Sebelum Ditarik Semula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Alhamdulillah atas segala kurniaan rezeki...
Ingat sebelum lupa, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, muda sebelum tua, jadi sebagai hambaNya, sendiri mau ingatla!Kalau masih lupa diri walau rumah kata pergi, kubur kata mari, tu tak tau nak cakap la!Fikir - fikirkan!Tapi aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang, alhamdulilah!
syukur atas ape yang ade....asalkan bahagia..
alhamdulillah utk segala-galanya
Post a Comment