Fakta ke Auta: Saiz Kucing Purba Sebesar Kuda Dewasa


ROTTERDAM - Penemuan rangka kaki seekor kucing kuno bertaring panjang berusia dua juta tahun mendedahkan saiz dan berat mamalia dewasa itu menyamai kuda zaman moden ini.

Menurut pakar palaeontologi, Dick Mol, inilah julung kali tulang haiwan itu dijumpai di Laut Utara dekat pantai Britain dipercayai maut akibat banjir pada akhir zaman ais purba.

Penyelidik muzium sejarah semula jadi Belanda itu berkata, rangka ditemui secara tidak sengaja oleh nelayan pukat tunda yang dibayar 100 euro untuk setiap penemuan artifak bersejarah di laut.

"Berat kucing jantan dewasa ini yang sering dirujuk sebagai scimitar cat ialah sekitar 400 kilogram dan dipercayai membunuh haiwan lain di padang ragut luas," katanya. - Agensi

6 comments:

Luth Textile said...

itu bapak kucing sebenarnya

love is forever said...

kalau kucing besar bapak tu...orang dia besar mana gamaknya...

kalau orang kata orang ..kalau kucing kata kucing ..wakakakaka...

Lea Dzahir said...

ni gambar da diedit kan? kalo x silap laa.. :) ada dia cakap fake picture and real picture.. dlu ada dpt email tu.. hehehe

zamz said...

lea tu gambar hiasan je...mmg tak betul pun hehe..

zamz said...

org besar lagi la fina hehe

zamz said...

haha tu dah mcm bapak kambing dah tuu

Post a Comment