Michael Jackson Peluk Islam
sebelum ni ada gak dgr rumours mcm ni...ada yg cakap michael jackson..will smith sapa lagi ek yg peluk islam...tapi diorang deny kan
but yg ni mmg confirm kot
LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.
Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.
Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.
Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.
Rakannya, David Wharnsby � seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.
"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.
Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
uit~
betul ker nih?
nak kata Alhamdulillah...harap2 dia jadik lebey baik la~
betulla tu zara...tgk news ni cam confirm je
aik dia dah muflis ke? aku ingat masih kaya. Aku masih ingat dulu dulu......hanya 6 minit sahaja michael Jackson ni dapat berjut juta dollar. hehehe
aru u sure... mcm tak caya lak aku.. wakakaka.. mklum la org yg penuh kontroversi.. ape2 pon kalau betul.. alhamdulillah
mmm ..bertambah lagi ummat nabi muhammad s.a.w...
masih xbleh percaya kot... xkeluar dlm berita perdana lagi
Kalau betul, alhamdulilah. Ingat dulu macam kes Mike Tyson, heboh kata dah convert, tapi tk tau citer sebenarnya.Begitu jugak dgn angkasawan Neil Armstrong, kalau tk silap la! Well, hanya mereka saja yang tahu! Wallahualam.
bersangka baik je la kan...harap2 nya betullah
Hmmm...Berita yang mengejutkan. Tapi kalau betul dia dapat hidayah, baguslah. hanaya Allah yang menilai dan menerima setiap amal hambanya..
betul tu samdaddycool..
huhu...
kenapa tu chekguBH hehe
Post a Comment