Petrol, diesel turun 15 sen seliter mulai esok

yahuu minyak turun lagi..tapi minyak aku dah nak abis sgt ni...terpaksa la isi 10 ringgit hehe

PUTRAJAYA: Kerajaan petang ini mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok.

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.15 seliter kepada RM2, RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Manakala diesel pula daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter. Ia adalah penurunan kali kelima dibuat dengan pelarasan terakhir pada 1 November lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

4 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

uiks!!

nak suruh pakcik bus pusing satu UTM la camni!

zamz said...

satu utm je..alang2 satu msia laa hehe

shaxx said...

bestnyer turun lagi! tenkiu!!!

zamz said...

shaxx jarang org nak cakap tenkiu cam ko nih hehe

Post a Comment