Wanita Ugut Terjun Bangunan Selepas Sangka Suami Kahwin Lain

musykil betul kenapa pompuan sanggup nak terjun bangunan sbb suami nak kawin lain.. kalau betul pun, suami dia nak kawin lain je pun ..bukannya nak bunuh org ...

HULU TERENGGANU - Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.

'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.

Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.

Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.

"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.

Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.

Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.

3 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Mak aii...

giler sungguh la...

ni ke yg dinamakan cinta?

aduhai~

Aku-Ida said...

cinta itu buta.. wakakaka. tapi kan satu je la biasa yg tak logik dlm mana2 cerita bunuh diri ni la.. kalau mmg nk bunuh diri.. nape nktunggu lame2 kat ats tu ye dak.. terjun je la terus. tu je la satu soklan yg aku nk tau pesal suspek dlm kes bunuh diri ni mesti nk tunggu je lama2 kat ats tu...

1. adakah nk cr publisiti sebelum mati?

2. adakah nak tunggu dipujuk?

3. adakah sekadar gimik semata2?

4. adakah sebab2 lain?

apepun .. yg pasti suspek mengidap tekanan jiwa dan perasaan.. tu psl dia berani bertindak mcm tu..

zamz said...

ntahlah..murah sgt nyawa

sib baik la nyawa dia pjg lagi

Post a Comment