Program Perlindungan Saksi: Identiti Baru Untuk Jamin Keselamatan


selalunya cite tukar identiti ni boleh tgk dlm tv je......tingat aku cite alias dulu2...mmg aku ikut cite nih..

takleh imagine kalau benda ni jadi kat org msia...

KUALA LUMPUR: Program Perlindungan Saksi yang akan diwujudkan menerusi Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008, membolehkan identiti baru diberi untuk melindungi keselamatan dan kebajikan saksi.

Mengikut Seksyen 13 rang undang-undang itu, orang yang mempunyai kuasa atau kewajipan mengeluarkan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan atau dokumen lain hendaklah mematuhi permintaan Ketua Pengarah Perlindungan Saksi untuk mendapatkan dokumen baru bagi membolehkan peserta program berkenaan mewujudkan identiti baru.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, juga menyatakan seseorang peserta yang diberi identiti baru mengikut program itu tidak boleh mendedahkan identiti asalnya, kecuali selepas mendapat perintah bertulis Ketua Pengarah Perlindungan Saksi.

0 comments:

Post a Comment