Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Dibuka Percuma

hopefully berkurang la jam...tapi rm2 dgn 3 plaza tol..yg bestnya hiway ni akan mengurangkan traffic ke akleh ampang kl elevated hiway..aku rasalah

KUALA LUMPUR - Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari persimpangan Duta ke Jalan Kuching dan persimpangan Greenwood ke persimpangan Hillview dibuka secara rasmi untuk lalu lintas semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, sehingga 8 Februari 2009, laluan tiga lorong sepanjang 18 kilometer itu tidak akan dikenakan bayaran tol.

"Kerajaan dan pemegang konsesi telah bersetuju untuk tidak mengenakan tol bagi pakej dua dan tiga lebuh raya ini sehingga 8 Februari depan.

"Selepas tarikh tersebut, kadar tol akan dikenakan RM2 dan caj tersebut tidak akan naik selama enam tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian di Plaza Ayer Panas, Setapak semalam.

Katanya, pakej pertama membabitkan Plaza Batu di Jalan Kucing dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac ini sekali gus akan melengkapkan keseluruhan lebuh raya tersebut.

Beliau memberitahu, lebuh raya dengan tujuh persimpangan bertingkat itu akan mempunyai tiga plaza tol.

2 comments:

meo188 said...

yahu....

Pengguna Lebuhraya said...

susur keluar masuk dia. sempit giler. even kembara nk belok nk masuk menghala ke ulu-kelang. waktu kat jalan pahang tuh. memang seksa. nyaris2 nk terlajak lorong. (garu2kepala)

Post a Comment