Lawak Zaman Ekonomi Meleset hehe

Zaman ni zaman susah.

Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian kerja di berbagai syarikat.

Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indonesia.

Bulan ni dia tak dapat kirim wang untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yang isinya demikian:

"Isteriku tercinta, Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman".

Paling cinta, Kanda Suparjo

Seminggu kemudian, Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:

"Kanda Suparjo tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu.
Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda dikampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang, Dinda Suti Nirwingsih ......

gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!

5 comments:

Anonymous said...

keh3...

kalu Suti Nirwingsih cam bunga cinta lestari, aku pun mau tukarkan duit lah ngan dia.hik3..

Ainee Cumi said...

hahhaha sumpah bodoh giler...

nadinezuharra said...

kelakar cerita ni,mau menangis tak berlagu si Suparjo..
apepun keadaan ekonomi sekarang mmg membimbangkan..bukan saja suparjo malah saye sendiri risau takut susah nak apply kerja baru nnti..hrp2 adalah rezeki..insyaAllah.. : )

Zamz said...

yeke nadine jgnla risau rezeki ada di mana2 insyaAllah kat msia ni tak seteruk tempat lain and should be temporary je

Zamz said...

aik penyubiru ada hati ek hehe

Post a Comment