Kuatkah Iman Kita?


JOHOR BAHRU: Akibat gelap mata, seorang warga emas bergelar haji sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji (TH) semata-mata untuk ditukarkan dengan tiket loteri bernilai RM130,000 yang ditawarkan tiga penipu warga Indonesia dan rakyat tempatan.

Mangsa berusia 60 tahun begitu mudah mempercayai kata-kata tiga individu terbabit, seorang daripadanya wanita apabila menemui mereka di Pusat Perdagangan Pontian, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, kecekapan menantunya yang menghubungi polis dan pengurusan TH di Pontian, menyelamatkan mangsa daripada ditipu.

Kejadian bermula apabila mangsa didatangi suspek yang mendakwa memenangi cabutan loteri berjumlah RM130,000.
Full Story

first time baca cite nih rasa kelakar pun ada..yelah selalunya org simpan dlm tabung haji untuk pegi buat fardhu haji, tapi nih untuk tukar dgn tiket loteri hehe

tapi pikir2 balik agaknya satu hari kalau ada org dtg offer sejuta ringgit mcm cite di atas...kita pun mungkin boleh gelap mata..masa tu cuma iman lah yg boleh jadi penyelamat..

zaman skrg ni byk betul dugaan dan cubaan...kekadang tak sedar pun apa yg kita buat tu salah sbb dah jadi normal practise pun...sampai kekadang org yg taknak bersekongkol pulak yg nampak tak betul dan salah...

mcm2 cite skrg nih huhu

2 comments:

ZuRaWiTa AhMaD said...

takutnya...kerana duit cepat ja manusia gelap mata..nasib baik leh diselamatkan..kalu tak...berpesta la penipu tu dok joli...dapat habuan besar...dari pak aji lak tu..

idalara said...

dalam situasi manapun duit mng penting tapi jgn jadi hamba duit pula..bila dah jadi hamba pada duit yg salah pun dah tak nampak dah...yg penting kita yang tahu menilai dan menggunakannya..

Post a Comment