Setinggan di United States


KEMELESETAN ekonomi kian menunjukkan taringnya di negara yang sebelum ini cukup terkenal sebagai kuasa ekonomi dunia. Signifikannya, ia boleh diterjemahkan berdasarkan kewujudan bandar khemah yang semakin membesar di Sacramento, California, Amerika Syarikat (AS).

Jika satu kurun dahulu, kawasan ini dipenuhi oleh khemah kumpulan yang mencari rezeki di tebing Sungai Amerika (American River). Hari ini, kawasan tersebut dipenuhi oleh penduduk yang sudah hilang harapan dan prospek.

Meliputi keluasan beberapa ekar, kemunculan bandar khemah adalah kesan nyata kemelesetan ekonomi AS dan krisis pasaran hartanahnya. Dianggarkan dalam seminggu, seramai 50 pendatang baru akan tiba dan berkhemah di situ.

Bandar khemah itu terletak di kawasan yang cantik iaitu di tepi sungai, langit terbuka dan bercuaca sederhana.

Angka rasmi menunjukkan golongan tidak berumah di Sacramento kini mencecah seramai 1,226 orang. Pada mulanya, sejumlah 300 penduduk berpindah ke bandar khemah selepas semua rumah perlindungan penuh.

Malah, sebuah rumah perlindungan memberitahu pihaknya terpaksa menolak permintaan 200 orang wanita dan kanak-kanak dalam sehari.

Di negeri yang dilimpahi dengan kekayaan dan glamor Hollywood, imej tersebut amat mengejutkan rakyat negara Uncle Sam itu. Kondisinya juga cukup primitif, tiada sebarang bekalan air dan sistem sanitasi yang sewajarnya.

Penduduknya juga perlu berjalan sejauh 4.8 kilometer untuk membeli air botol dari stesen minyak atau kedai serbaguna berhampiran. Jika bernasib baik, pekerja-pekerja kebajikan akan datang menghulurkan makanan percuma dan barangan keperluan lain.

dasatkan...negara maju dunia jadi macam ni..mengalahkan negara2 membangun mcm negara kita... jgn la malaysia sampai ke tahap macam ni

kat malaysia ni walaupun rumah setinggan, tapi masih lagi sebuah rumah la..bukannya khemah mcm diorang kan..

2 comments:

Samdaddycool said...

... berita yang agak menakutkan untuk diterima sebagai sebuah hakikat

Zamz said...

emm tulah mmg menakutkan..kalau jadi kat org msia tak tau la camana kan

Post a Comment