Salam Hormat,
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya.
Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).
Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas.
Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.
Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung. Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas.
Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air. Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.
Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! –
Moral of the storey…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam am erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)……. ¦. Itu adalah yang terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Em..betol juga kan..
Baru sekarang terfikir.
Zaman sekarang semua nak senang.
So, dijadikan cerita tandas dan bilik air dijadikan satu tempat. senang. 2 in 1..
Pasnihh nak tutup lah pintu bilik air dalam bilik nih..seram pulak..
.
.
ouh ye..
salam ziarah!
owh tandas dulu2 sungguh horror kan
haha nanti aku amik gambar tandas kat jasin. haha
erm...
budak2 pun dah pikir jauh camtu ek???
chekgubh benda tu takde la jauh pun sebenarnya..kita je yg terlupa
knizam..ada lagi peninggalan sejarah kat jasin ek heheh
hf tutup jgn tak tutup
ermm tp kadang-kadang tu lar ..contohnya cam kay eil... rega atau sewa rumah mahal bebenor ..pastu tanah kurang ... kena berlaku bijak nk sesuaikan rumah 3 bilik 2 bilik air ... naper 2 bilik air ..sbb la nie bila pagi2 mmg q lar jwabnya cam citer P Ramlee hehehe kalau 1 bilik air je ... rumah kongsi ramai2 nk kurangkan beban sewa cthnya ...anak-anak walaupun dah berkeluarga masih tinggal dngan ibubapa sbb nak save budget ... so rasanya ;tutup pintu; itu solusi terbaik boleh difikirkan buat masa nie :)
emm lagipun kita selalu rumah dah siap kan..lainla buat rumah sendiri bleh la design ikut suka kan..kena pindah kg la camni kan
Post a Comment