Wanita Hamil Mangsa Ragut Meninggal Selepas 3 Hari Koma

Wanita hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut; Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam, selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu.

Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan.

Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar.

Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga menunggang motosikal.

"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA..

sedih betul baca berita camni...

ntah kat mana perasaan diorang ni sbg manusia kan...makin menjadi-jadi

harap2 kita sume terhindar dari kejadian mcm ni dan selalu berhati2

1 comments:

samdaddycool said...

otak letak kat tapak kai.. takde perikemanusiaan... binatang lagi mulia..

Post a Comment