Tak tau la kisah betul atau tak tapi kisahnya sama macam cerita seorang askar yang sesat pada zaman dahulu.. Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa... lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai. Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik. Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah. Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal... Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang. Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ... ... ..... ... ... ... ... ... ... .. ... . Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya. Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat. Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa... So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut. Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .. .. MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... . Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... .. ... So apa lagi geng (lelaki).... kot kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang.. ADA BERANI ? |
Bermalam Di Katil Seorg Lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kena la pulak duduk kat pondok dlm hutan nak tunggu awek, hehe
hehe
best citer ni siap ada motif lg
tunggu dlm hutan ok lagi bakar jari sendiri yg tak tahan tu huhu
khairil sume cite mesti ada motif cuma kekadang tersirat dgn tersurat je hehe
bagusnya lelaki tu..
kalau ada jumpa pun, satu dalam seribu la kot..
sbb jarang jer manusia ni dpt mengelak hasutan syaitan kalau iman tak benar2 teguh..
sy berahlak mulia mcm lelaki itu
erm...
lelaki tu mmg suke dok kat pondok kecik sorg2 ke??
pasti ke lelaki tu manusia??
bukan di kalangan hantu keliwon ke??
hahah
rhea..emm agaknya la kot..tapi ramai lelaki yg baik2 sebenarnya hahaha
meo yeke..cuba bakar jari nak tgk haha
chekgubh dah cite dia camtu nak buat camana hehe
patut dijadikan teladan ni..
Post a Comment