Saman Automatik Guna Kamera Mulai 1 September


IPOH: Pengguna jalan raya tidak akan terlepas daripada menerima kompaun dan saman apabila melakukan kesalahan lalu lintas di lebih 200 kawasan berisiko tinggi kemalangan di seluruh negara dengan pemasangan "Kamera Pengesan Saman Secara Automatik" (AES) mulai 1 September ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata menerusi sistem ini, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya akan direkodkan menggunakan kamera automatik dan saman dikeluarkan serta-merta melalui sistem komputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kamera automatik akan ditempatkan di lebih 200 kawasan sering berlaku kemalangan yang sudah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Sistem AES adalah kamera pemantauan automatik yang akan diletakkan di kawasan sering berlaku kemalangan di lebuh raya dan jalan persekutuan serta beroperasi selama 24 jam," katanya kepada pemberita selepas melawat JPJ Perak di sini hari ini.

200 tempat tu..24 jam..so patuhilah peraturan jalanraya..

kalau tak sure la dapat surat cinta dari jpj kan

kalau tak bayar karang kena black list plak..takleh renew road tax huhuh

8 comments:

IxoR@ said...

Letih ah macam ni....CCTV di sana-sini. Kena arr Ixora maintain ayu semasa drive keta nanti....

Zamz said...

a'ahla ixora..senyum sokmo..baru diorang padam je saman tu hehe

aRien de GreaT said...

huhu..bahaya nih..hbislah suma org..xdpt nk tnjuk skill..hehhe :)

Zamz said...

tunjuk skill pemanduan berhemah plak hehe

husz_nie said...

nampak sgt kerajaan dah makin kekurangan duit... dah saman.. tak htr surat saman.. dok harap org cek kat website.. sapa lak yg rajin nak cek hari2.. dah tu bkn sume ada internet.. kat opis dah bos tak kasi bukak tenet... tau2 nanti dpt waran tangkap je.. huh

Zamz said...

tak taula tempe..nak beli alat tu pun dah berapa..mkn duit jugak tuu

Encik Azizan said...

nmpknye mkin sng la aku kna saman lps ni.huu

Zamz said...

haha senangla kot..naik pengangkutan awam je la lepas ni hehe

Post a Comment