JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.
Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.
Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.
Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.
Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini. - AP
scary plak dgr lately ni mcm2 bencana alam..filipina dah kena banjir, vietnam pun dah kena kan..takleh imagine kalau msia pun kena mcm diorang gak..nauzubillah
4 comments:
salam zam,
kat tmpt yan (klang) nie pun blh rasa gegaran. tgh baring2 dgn anak2 layan tv ptg td..tetiba rasa gegar..x puas hati terus bgun..rasa pening..pastu cepat2 bawa anak2 kuar rumah..takut nie masih ada rasa gigil sbb duk bertiga..hubby kul 8 baru blk.
jiran2 semua td pun kuar jugak...minta2 semuanya selamat...mmg takutkan lately mcm2 bencana..
alhamdulillah....
Ixora pun duk kt area Klang tapi tak pulak rasa gegaran...masa tu tengah tido pun...tapi syukur tiada apa yg tidak diingini berlaku di area rumah Ixora...
sama-samalah berdoa...moga semuanya selamat. amin.
salam yanmie..boleh rasa ek..kat sini tak pulak rasa..bila baca berita baru tau rasa sampai ke sini
ixora patut tak rasa tgh tido rupanya hehe
Post a Comment