Wanita Lahir Bayi Lelaki Dalam Pesawat Air Asia Nikmati Penerbangan Percuma Seumur Hidup


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.

Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.

Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.

"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.

"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama

6 comments:

ezzati said...

ehhh..pompuan pegnen mana leh naik flight..lagila dh 7 mths...citer dongeng ni...

lgpn, xde pn kat newspaper..

zamz said...

zati..ni kisah benar laa..

dari bernama tuu

scOotBerry said...

nk lahirkn anak dlm pesawat jugak lahhhhhhhh!!

IxoR@ said...

ezzati : wanita pregnant 7mths boleh naik flight jikalau mendapat kebenaran dari pihak hospital.... Time nak naik flight pun, Air Asia atau mana2 pihak penerbangan nk lihat surat kebenaran dari Doktor.

bertuah sungguh orang tu ya, ni yg berangan-angan gak ni...nak terbang percuma seumur hidup bersama Air Asia...

hehehhee.....

Abu Mansur said...

bertuah betul.. he..hee

kucingorengemok said...

bertuah ibu dan anak... tapi orang lain dalam flight tu mesti agak bengkek kan, travel plan tertunda, heh

Post a Comment