Kisah Beruk Menjadi Hakim...

Tupai dan tikus bergaduh berebut sebiji pisang yang mereka temui bersama. Mereka bersetuju untuk berkongsi, tetapi apabila tiba masanya untuk membahagikan pisang itu, masing2 hendakkan bahagian yg lebih. Pergaduhan mereka didengar oleh beruk yg sedang berada di atas pokok berhampiran.

 

"Biar aku menjadi hakim", kata beruk menawarkan diri.

 

Tikus dan tupai pun bersetuju. Mula2 beruk menggigit pisang itu untuk membahagikannya kpd 2 bahagian. Dgn sengaja dia melebihkan satu bahagian drpd bahagian yg lain. Bahagian yg lebih itu diserahkan kepada tikus. Bahagian yg kurang diberikan kpd tupai.

 

Melihat itu, tupai pun marah dan membentak, "Ini tidak adil. Mengapa aku mendapat bahagian yg pendek dan tikus mendapat bahagian yg panjang?"

 

"Oh, mudah saja, meh aku tolong samakan," kata beruk sambil mengambil bahagian pisang yg panjang pada tikus lalu dimakannya. Sengaja dimakannya sehingga bahagian tikus pulak menjadi lebih pendek drpd pisang milik tupai.

 

Kali ini tikus pulak membantah. "Kenapa sekarang bahagian aku lebih pendek drpd bahagian si tupai?"

 

"Oh, itu senang saja. Meh aku makan sikit bahagian si tupai supaya adil", kata si beruk. Beruk pun memakan pisang si tupai buat kali kedua dgn strategi yg sama yakni terkurang drpd bahagian si tikus.

 

Begitulah berulang2 sehingga pisang itu habis dimakan oleh beruk dan dia pun melompat semula ke atas pokok. Pada ketika itu, baru lah tupai dan tikus sedar yg mereka sebenarnya telah tertipu.

 

Pengajaran: Kita tidak perlukan pihak yg berkepentingan utk menjadi hakim dlm sebarang suasana dan keadaan. Adalah mustahil utk mengharap mereka berlaku adil dlm membuat pertimbangan dan keputusan. Jauhilah drpd tipu daya mereka demi ketenangan dan keamanan dlm diri dan masyarakat.

Sumber: Majalah Solusi

nak ikutkan cite macam ni dah sebati dlm hidup kita...cthnya nak beli rumah kena engage lawyer, padahal lawyer tu bukannya buat apa2 pun just provide agreement utk both parties sign then kena bayar diorang fees based on harga rumah walhal agreement tu standard je pun.

unless ada problem tu lain la kan kalau kita engage lawyer pun berbaloi..tu belum masuk lawyer sendiri yg buat hal huhu


6 comments:

intan.dayana said...

haaa! untung kan beruk tu.dea yang dpt makan pisang tuh sume.haih.

zamspotte said...

nice article

dins said...

zamz : majalah solusi keluaran terbaru ke?

Zamz said...

dins terbaru rasanya

Zamz said...

intan dayana..untungla beruk tu kat dunia nih hehe

Zamz said...

zamspotte..nak baca byk article camni lagi beli lah majalah solusi..mmg best

Post a Comment