Layan Lawaks di Petang Hari

Lawak 1

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?' 'Dah tentu, ' jawab doktor.

'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 2

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya.

Lawak 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, 'Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong
merah tu?'



3 comments:

bEEdLE d' bARd said...

hahaha...best2...tp macam penah bacalh

ezzati said...

hahaa..mmg lawak sume..

JMR said...

lawak lama ni..tapi still leh wak aku gelak...hahahahha

Post a Comment