Berita Baik Untuk Pembantu Rumah Asing...Cuti Mingguan Satu Hari


nampaknya pembantu2 rumah asing akan diberikan cuti satu hari lepas ni. selain daripada tu gaji akan dimasukkan terus ke dalam buku akaun diorang dan akan ada kontrak standard antara diorang dgn majikan. sesuatu yg baik untuk pembantu rumah asing.

cuma skarang ni takde pulak dinyatakan apa2 tentang hak majikan. bagi yg ada pembantu rumah asing ni semestinya akan terasa jugak bimbang bila undang2 ni dikuatkuasakan. selepas membayar rm6k - 8k kepada agen, kalau semua gaji dimasukkan ke dalam akaun diorang, apa lagi agaknya cagaran yg tinggal kepada majikan supaya pembantu rumah tersebut tak lari. bila pembantu rumah lari, dah la rugi 6-8k ditambah pulak dgn denda yg perlu dibayar oleh majikan. mengikut pengalaman aku, pembantu rumah lari tak semestinya sebab kena dera, kena marah etc. kekadang arini sampai esok dah lari. tak sempat pun nak suruh buat keja.

kalau sebelum ni pembantu rumah takde cuti menghalang diorang dari bercampur dgn org luar, lepas ni bila diberi cuti, semestinya mereka bebas keluar. bila dah berjumpa tu, macam2 la cite kan. belum campur yg ada boyfren.

masalah2 ni semua belum masuk kena tipu dgn agen lagi. bayar ribu-riban, agen lari mcm tu je. percayalah stress woo jadi majikan nih. ni semua menyebabkan aku terasa mcm taknak ambik dah pembantu rumah lepas ni.

0 comments:

Post a Comment