Macam-macam: Pengadil Tersilap Keluarkan Seluar Dalam Merah Dan Bukannya Kad Merah huhu


RIO DE JANEIRO: Seorang pengadil menghadapi tuntutan cerai isterinya selepas mengambil seluar dalam wanita berwarna merah daripada poket seluarnya, bukan kad merah ketika satu perlawanan berlangsung.

Carlos Jose Figueira Ferro mahu membuang padang seorang pemain, Paulo Coise, dalam satu perlawanan amatur di bandar Anama, lapor agensi berita Terra. Ferro sungguh malu hingga menamatkan perlawanan 20 minit lebih awal.

Dia berkata tidak tahu bagaimana seluar dalam itu boleh ada dalam poketnya.

adeh takleh imagine lah kalau jadi kat msia nih hahaha

mau terus satu stadium gamat dok gelak kat referee kan hehe

2 comments:

Abu Mansur said...

mesti ade yg dengki kot.

zamdotcom said...

mungkin pengadil tu beli underwear merah utk wife dia sebenarnya..pastu terlupa nk kasi..hehe

p/s: bayangkan kalo masa game piala dunia nnti jd cmtu?

Post a Comment