Renung2kan: Berbeza Kebijaksanaan

Satu hari seorg professor menyeberang sungai dgn sebuah sampan yg dikayuh oleh seorg pengayuh sampan. Di tengah2 sungai, professor tersebut bertanya,
” Kau pandai menulis dan membaca?”
”Tidak, saya buta huruf,” jawab pengayuh sampan.
”Kalau begitu kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Org yg tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan utk hidup.”


Tidak lama selepas itu professor itu bertanya lagi, 
”Kamu ada membuat simpanan di bank?”
”Tidak pendapatan saya hanya cukup2 makan.”
”Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin org yg tiada wang boleh hidup dgn selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Tiba2 sampan itu bocor. Air masuk dgn banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh bertanya kepada professor, Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
”Err, saya tidak tau,” jawab professor panik.
”Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”


Pengajaran: Allah tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Allah mencipta manusia dgn kebijaksanaan yg berbeza2. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jgn rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia utk berjaya.

Sumber: Majalah Solusi

Kita hari ni terlalu menilai kebijaksanaan dari segi akademik padahal ilmu itu luas dan boleh digunakan dalam berbagai cara. Disebabkan itu, kita selalu tak berani mencuba sesuatu yg di luar kebiasaan. Harap2nya satu hari nanti mentaliti kita akan berubah.

4 comments:

Unknown said...

Setuju! 100%

Bb Hussain said...

yup memang betul..setiap manusia berbeza-beza..kejayaan akademik bukan pengukur segalanya.. namun sistem pendidikan di negara kita lebih menumpukan kepada kejayaan akademik..

Meooo Comicore Club said...

yup...

papabear said...

dah agak dah...hahaha

Post a Comment