Siapa Yang Kaya?




Seorg hartawan membawak anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yg miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yg mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang.

Dlm perjalanan si ayah bertanya, apa pandangan kamu tentang kembara kita?

Seronok! jawab anaknya.

Sekrg mesti kamu dpt bandingkan hidup sbg org kaya dgn org miskin bukan?

Ya, jawab anaknya ceria.

Ok, apa yg kamu belajar drpd semua ini?

Si anak menjawab, Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada byk kucing yg mereka bagi makan.



Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yg jernih dan mengalir airnya utk mereka mandi.


Kita ada lampu import yg mahal, mereka ada bintang begemerlapan di langit yg mereka pandang waktu santai di halaman rumah pd mlm hari..

Si ayah ingin menyampuk, tetapi si anak meneruskan..

Kita ada jln berturap tetapi mereka ada padang hijau yg saujana mata memandang.

Kita seronok menyuruh org gaji buat itu dan ini, mereka pulak ceria berkhidmat dan memberi pertolongan kepada org lain.

Kita ada byk makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan.

Kita ada jaga yg menjaga harta kekayaan kita, tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yg sentiasa melindungi mereka.

Si ayah terus terdiam. Anaknya menambah, Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita.

Pengajaran: kekayaan sebenar terletak di hati yg bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yg kita miliki tetapi kerana apa yg kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih baik dari yg menerima.

sumber: majalah solusi

emmm bila baca artikel ni, terpikir plak aku apa yg sebenarnya kita kejar dlm hidup ni. awal2 pagi dah pegi keja. balik dah malam. mcm tu lah rutin setiap hari. terpikir gak agak2 dah tua nanti mesti aku rasa nak balik zaman skrg nak ubah benda yg aku buat skrg..maybe nak buat keja2 amal ke etc.

2 comments:

Bb Hussain said...

selalu terbayangkan keseronokan buat kerja2 amal..

Zamz said...

emm mmg sonok..mmg anugerah kot utk mereka yg beramal

Post a Comment