Mimpi yang Aneh

Diceritakan bahawa dalam satu musim haji, sebagaimana biasa radio negara Arab Saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasalahan yang berkait dengan ibadat haji. Para pemanggil bertanya soalan dan dijawab oleh pakar2 yang ditugaskan.
Seorang wanita telah menelefon dan bertanya, "Tuan Sheikh, saya telah bermimpi suatu mimpi yang ganjil, bolehkah tuan mentafsir mimpi saya?" Ulama tersebut menjawab,"Kita dalam perbincangan berkenaan haji, bukannya mentafsir mimpi. Walaubagaimanapun, sila puan nyatakan apakah mimpi tersebut."
Wanita itu menyambung,"Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan telanjang!". Ulama itu terdiam seketika lantas berkata,"Sebenarnya lelaki yang puan lihat itu telah mendapat haji yang mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sebelum pulang ke rumahnya. Saya mentafsirkan sedemikian kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa seseorang yang mendapat haji yang mabrur akan pulang sebagaimana hari ia dilahirkan. Setiap seorang dilahirkan dalam keadaan telanjang. Puan, sampaikan berita gembira kepada lelaki tersebut sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira daripada Allah s.w.t. kepadanya.
Lalu wanita itu menjawab spontan dengan penuh emosi," Demi Allah sheikh, orang saya lihat dalam mimpi itu ada tuan sendiri!" Tiba2 ulama itu terus sebak dan tidak dapat meneruskan soal jawab pada hari tersebut.
Subhanallah! Ada manusia yang beroleh nikmat sehebat ini. Keikhlasan dan kesungguhan menjaga tatatertib ibadah yang didasari ilmu serta kefahaman, akhirnya menatijahkan kejayaan dan keindahan bukan sahaja di akhirat tetapi dapat dikecapi di dunia lagi.

Harap2nya bakal2 haji yang akan menunaikan ibadah haji dikurniakan haji yang mabrur. Amin.

petikan daripada Majalah Solusi

5 comments:

imanshah said...

selamat berangkat buat muslimin dan muslimat ke tanah suci

Bb Hussain said...

teringinnya rasa untuk pergi menunaikan haji dalam keadaan muda dan sihat ni setelah membaca buku haji muda..semoga Allah mengizinkan..

meo188 said...

ye... 9 okt nie batch pertama g mekah

Zamz said...

arini ek meo

Zamz said...

bb insyaallah boleh...pegi muda2 ni kuat sikit

Post a Comment