2 Malam Tekanan..huhu

2 malam berturut2 aku rasa tertekan.


Sebabnya tengok Msia main badminton kat final Sukan Asia. Semalam final double dan hari ni final single pulak. Tapi semalam aku rasa lagi dramatik la sebab lagi sikit je double Msia i.e. koo kien keat & tan boon heong nak menang emas. nak ikutkan second game pun diorang dah boleh menang tapi deuce dan kalah 26-24. third game pun mmg berlaku episod kejar mengejar tapi kalah jugak sikit je 21-19. mmg sapa2 yg tgk akan rasa sakit hati cam nak kena sakit jantung hehe.

hari ni pulak lee chong wei lawan lin dan dalam final badminton. walaupun kalah first game, second game menang 21-15. cuma third game tu macam serba tak kena je bila lin dan leading 11-1. finally lin dan menang gak 21-10. sayang la kan kalau tak msia boleh menang dua emas dalam badminton. Memang enjoy la tgk game final esp chong wei vs lin dan walaupun kalah.

Apa2 pun tahniah la kepada diorang sampai ke final. ni yang terasa nak main badminton pulak nih hehe..dan tak lupa jugak tahniah kpd team squash yg dah menyumbangkan 2 emas melalui nicol david & azlan.

4 comments:

imanshah said...

memang tertekan bro..sakit jantung terutamanya double

Zamz said...

imanshah betul2..patutnya diorang warning siap2 org sakit jantung takleh tgk hehe

IxoR@ said...

kalau tengok game macam ni... mesti EMO!

itu yg malas tu....

:)

Zamz said...

haha takpela ixora sekali sekala..

Post a Comment