Ganjaran RM100 Setiap Kilogram

KUALA LUMPUR: Menyedari kepentingan mengekalkan berat badan unggul daripada sudut kesihatan di kalangan kakitangan, The New Straits Times Press (M) (NSTP) Berhad melancarkan pertandingan ‘Lose Big and Win Big’ sempena program Total Wellness NSTP 2011 di Public Space, Anjung Riong, Balai Berita di sini, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Bujang berkata, pertandingan berkenaan terbuka kepada semua kakitangan dalam menyahut cabaran mengurangkan berat badan bermula April ini.

“Bagaimanapun, peserta perlu memenuhi syarat tertentu antaranya Indeks Jisim Badan (BMI) perlu melebihi 26 untuk melayakkan mereka menyertai pertandingan ini. “Seramai 30 kakitangan yang terpilih ke peringkat seterusnya akan dibahagi kepada dua kumpulan dan diselia oleh dua jurulatih untuk mengikuti program menurunkan berat badan ala rancangan realiti televisyen terkemuka, Biggest Loser,” katanya selepas perasmian program Total Wellness NSTP 2011 di sini, semalam.
waa menarik ni kan...kalau sume co buat camni kan best...more motivation nak turunkan berat badan. co pun bleh kurangkan kos perubatan sbb staff diorang lebih sihat.

4 comments:

Zura said...

erk..ada jugak program cm nie...

Bb Hussain said...

ha..bagus ni..Bb baru je turunkan berat badan 2kg in 2 weeks..now..tgh maintain saje..kena turunkan sikit saje sbb BMI aritu 25.9 ;)

zamz said...

zura internal je tu...kalau terbuka ramai yg nk join hehe

zamz said...

bb dah lama tak check bmi..takutt hehe

Post a Comment