Layan Senyum Kambing: Bercerai Setiap 15 Minit

PUTRAJAYA 3 Mac – Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.
Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.
‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka. Oleh itu, Jakim akan meningkatkan usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan penceraian,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

isk nauzubillah..takkan asik nak pecah rekod je kan...huhu

8 comments:

Bb Hussain said...

huhu..semalam tengok status kawan kat fb bgtau rekod ni..memang gerun la..lagi la yang belum kahwin gerun nak kahwin..huhu

meo said...

wah!

baik kawin ramai dr bercerai!

love is forever said...

astagfirullahaalazim....

seperti meruntuhkan tiang agama setiap 15 minit pulak :(

Abu Mansur said...

seram sejuk dengar...huk,,hukk

Zamz said...

bb tak payah gerun kot..kawin je hehe

Zamz said...

meo..setujuk hehe

Zamz said...

fina..semoga dijauhkan

Zamz said...

abu mansur..tula kan tak sangka plak ramai camtu

Post a Comment