Bangunan Tertinggi di Dunia 1.6km?


JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.

Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.

Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.

Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.

Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan. sumber Kosmo

pelik tul awat diorang ni asik nak bina bangunan tertinggi..takkan dah tak cukup tanah kot. kalau gempa bumi ke kan susah..jenuh tu nak selamatkan orang kat atas huhu

2 comments:

Zura Tahir said...

baru tahu...menara berkembar kite nombor bape plak erk../?

Zamz said...

haha zura tak tau la dah no berapa

Post a Comment