Efiling Datang Lagi...dan Pelepasan Untuk Faedah Pembelian Rumah


Cuma kali ni baru perasan ada pelepasan untuk faedah pembelian rumah bagi sesapa yg beli rumah dari 10 Mac 2009 sampai Disember 2010. Banyak tu pelepasan ..Rm10k beb..kalau kena 20% dah jimat 2000.
Detailsnya seperti di bawah:-

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

2 comments:

dinsblog said...

baru semalam submit...siap dah masukkan faedah pembelian rumah untuk last year...dapt kurangkan tax.

Zamz said...

bagus2 dins..sure byk dpt refund tahun nih

Post a Comment