Showing posts with label gempa bumi. Show all posts
Showing posts with label gempa bumi. Show all posts

Penduduk Ibu Kota Gempar Rasai Gegaran Berpunca Gempa Bumi di Sumatera Utara

BANGUNAN Kerajaan Komplek E, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pagi ini dikejutkan dengan gegaran menyebabkan kesemua warga kerja kementerian diarahkan berkumpul di kawasan lapang untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. - Foto NSTP
Penduduk ibu kota gempar rasai gegaran
14/06/2011 12:01pm

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.

Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. - Utusan

Gempa Bumi: Sumatera Bergegar Lagi Hari Ni

JAKARTA 1 Okt. – Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan satu lagi gempa bumi kuat menggegarkan Sumatera, barat Indonesia.

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu berlaku pada 8.52 pagi ini (9.52 pagi waktu Malaysia), kira-kira 280 kilometer dari pusat gempa bumi semalam.

Belum ada laporan mengenai kerosakan akibat gempa bumi terbaru itu. – AP

smlm tak settle lagi hari ni jadi lagi huhu

ada ke org msia kat sini rasa gempa arini mcm smlm...