Showing posts with label jumaat. Show all posts
Showing posts with label jumaat. Show all posts

Dah Jumaat Pong...

Phewwh lama pulak blog ni terbiar tak ber update. Stress pulak rasanya bila setiap kali online tgk blog ni tak berupdate. Takkan nak harapkan orang lain pulak tolong update hehe. Mimpi lah jawabnya.

Sebenarnya byk gak faktor2 lain yg menyebabkan blog ni tak berupdate semenjak 2 menjak nih. Antaranya MU kalah 2 kali pastu seri sekali dlm masa seminggu. Kalau la semua game tu menang, confirm la ada kurang2 2 postings pasal MU.... malless pulak nak buat entry kalah kan. kalau menang aritu kurang smlm aku boleh buat entry pasal MU belasah Lyon pulak hehe...mimpi betul

Antara reason lain pasal sebelum entry ni ada entry pasal Allahyarham Achik spin kemalangan maut. Entry tu kekadang menyebabkan aku kekadang rasa lepas ni nak buat benda2 baik je...posting pun baik2 je sampai last2 langsung takde entry. Aritu teringat gak nak buat entry pasal konsert double trouble tapi postpone la..lambat lagi pun. huhuhu.

Apa lagi alasan ek...nak cakap pasal alasan sampai esok pagi pun tak abis. byk je idea kalau nak bagi alasan. yela kalau malas update sejuta dalil pun aku boleh cari hahaha.

Tapi malam ni ada excited sikit sbb esok dah jumaat, lusa weekend. Nampaknya mcm byk je aktiviti weekend nih...takpe aku tunggu dgn sabar

Tazkirah Jumaat: Waspada Riwayat Israiliyyat

Panjang sikit artikel nih...tapi bagus untuk dibaca: sumber

Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja.

Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam.

Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai.

Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah).

Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab.

Abdullah telah menciptakan hadis mauduk (palsu) mengenai Saidina Ali yang berbunyi: "Setiap Nabi adalah aku dan waris aku adalah Ali".

Bukan setakat itu sahaja yang dilakukan oleh Yahudi ini malah dia turut mendakwa bahawa menantu Rasulullah itu adalah Tuhan.