Showing posts with label perut. Show all posts
Showing posts with label perut. Show all posts

Bernafas Betul2


camana nak bernafas ikut perut ek..kena gi kelas bernafas nih hehe

Tekanan kerja, persekitaran malah dalam keadaan biasa pun, ramai orang yang sering terlupa bagaimana perlunya bernafas dengan betul.

Pengawalan pernafasan yang betul dapat memastikan pembukaan saluran udara yang sempurna serta kapasiti udara yang memasuki paru-paru adalah maksimum.

Pengawalan pernafasan mempunyai empat bahagian utama iaitu di bahagian perut, tekak, sisi dada dan pernafasan secara keseluruhan.

Kebanyakan kita gemar ‘menelan’ nafas yang sekali gus menyebabkan banyak elemen negatif masuk ke dalam tubuh.

Pernafasan yang perlahan juga membuatkan udara yang disedut tidak sampai ke paru-paru ketika proses menyedut dan menghembus.

Pernafasan yang dikawal melalui perut mampu membetulkan sistem pencernaan, buah pinggang, hati serta perjalanan darah.

Di samping itu, pernafasan clavicular iaitu pernafasan yang memberi tekanan di bahagian bawah ketiak juga dibuktikan dapat mencegah kanser payu dara di kalangan wanita.

Manakala pengawalan yang dilakukan menerusi tekak pula membantu memulihkan sistem jantung termasuk menguatkan organ tersebut.

Bukan sekadar itu, bagi amalan biasa, aturan pernafasan yang betul juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada perasaan malas terutamanya pada waktu pagi.

Kadar oksigen yang kurang pada waktu pagi menyebabkan rasa kemalasan itu cukup tinggi dan menerusi senaman pernafasan ini, aliran darah serta oksigen akan lebih pantas bergerak.

Lebih daripada itu, emosi juga dapat dikawal dengan lebih baik sekiranya aturan pernafasan seseorang itu berada dalam keadaan sempurna.

Sekiranya kita sukar untuk bernafas, tidak selesa dengan udara yang keluar masuk ke dalam tubuh, secara tidak langsung, ia turut mengganggu mood dan emosi. Ini akan membuatkan seseorang itu mudah marah, rasa tertekan dan bermacam lagi.

Jelas ujar seorang pakar pernafasan, Dominique Lonchant. yang berpengalaman hampir 28 tahun mengajar teknik ini di seluruh dunia, penyakit seperti asma, gemuruh dan sesetengah alahan berpunca daripada cara bernafas yang salah. Full Article


Perut Buncit Pendek Umur?


emm bila aku nak diet ni huhuhu....tapi selalunya tgk trend skrg dah tua makin kurus sbb byk penyakit hehe..so takyahla risau sgt (nak sedap kan hati hahaha)

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.

Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.

Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya.

Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.

"Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. � Agensi