Salam. Lama tul tak update. Ada pun update lagu je. Sebenarnya rasa macam2 je nak update tapi sebab tak sihat sangat 2 minggu lepas, so mood nak update blog pun ntah ke mana.
Sebenarnya, lepas demam hari tu naik pulak ruam merah kat tapak tangan, lepas tu kat kaki pulak. Aku agak klinik tu bagi antibiotik yg tak sesuai dgn badan, so jadi allergic plak. So, aku pun pegi la balik ke klinik tu. Sebab aku pegi malam, yg ada pun DR ganti je, muda lagi. Siap salam2 beraya lagi dgn aku...hehe. Bagus la kan, bukan semua dr friendly dgn patient. Dah check ruam2 tu, then dia check aku dah tak demam tapi bila check tekanan darah, tinggi la pulak 150/90. Tak penah2 kena bp tinggi. takkan dok rumah jaga anak pun stress kan. last2 DR tu cakap dia tukar antibiotik sbb dia cakap mungkin pemakanan yg sebabkan aku kena allergic tu. dia offer nak inject ubat gatal takut aku tak tahan gatal..aku cakap takyah lee..aku boleh je nak makan ubat tu. lagi pun ruam tu tak la gatal sangat. sebenarnya takut gak nak kena inject tak tentu pasal nih..hihi.
esok nya ruam2 tu still ada gak. lusa pun still ada gak makin byk plak. yg lagi tak best sakit tekak aku makin menjadi2. nak telan air liur pun sakit beb. nak makan jauh sekali. bagus gak la kurus sikit huhu. ulcer dalam mulut pun makin byk. selalunya kalau ada satu pun dah seksa. ini aku kira2 ada la dekat 6,7 ulcer dlm mulut. tak penah2 jadi camtu.
so jumaat malam aku pun pegi la hospital sbb ruam tu tak turun2. takut plak kena demam campak ke karang berjangkit plak kat budak2 walaupun dulu zaman skolah dah penah kena. kat bahagian outpatient tu. lama gak la menunggu sbb ramai org sakit tapi DR plak sorang je. pelik tul. nasib baikla ada cite narnia yg boleh aku layan kat situ. finally, dpt la jugak aku jumpa DR kul 12 tgh malam. masuk je dia check ruam2 tu then dia check mulut. DR tu dgn sengih nya cakap aku kena hfmd (hand, foot n mouth disease). dia plak tanya mana aku dpt benda nih. mana la aku tau kan sbb bukannya ada sesapa family aku yg kena pun. DR tu cakap selalunya penyakit ni kena kat budak2 je. aku pun tanya dr tu kena masuk ward ke nih, dia cakap tak payah. balik dok rumah diam2 and jgn pegang budak2 especially.
so start malam tu aku mengquarantine kan diri aku dari anak2 aku. yela siksa beb kena sakit mulut tuh. takat ruam tu ok lagi. kesian budak2 kalau kena penyakit nih. cuma dr tu takde la plak bagi mc. so isnin tu aku pun pegi la keja walaupun aku rasa tak belum baik 100% lagi cuma takleh sentuh2 org je...huhu
skrg dah baik baru la rasa nikmatnya boleh minum air walaupun air kosong je huhuhu
2 comments:
erk..kesiannya..Alhamdulillah dah sihat yer..
alhamdulillah bb dah sihat
Post a Comment