Showing posts with label f1 sepang. Show all posts
Showing posts with label f1 sepang. Show all posts

Wilayah Petaling, Sepang Pulak Alami Gangguan Bekalan Air Selasa

KUALA LUMPUR: Penduduk di Wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 12 jam pada Selasa ini bermula jam 9 malam hingga jam 9 pagi keesokannya.

Gangguan berkenaan bagi memberi laluan kerja pembaikan paip bocor dan penggantian injap bersaiz 1,200 milimeter di Puchong Gateway, Wilayah Petaling oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Kawasan terbabit di keseluruhan Lestari Perdana; Lestari Puchong; Taman Desaminium; kawasan Kota Perdana; Bandar Putra Permai; Taman Pinggiran Putra; Bandar Bukit Jalil; Saujana Puchong; Bandar Puncak Jalil; Lestari Putra; Prima Tropika; Pasar Borong Selangor; Seri Kembangan; Taman Datok Demang; Hospital Serdang; Kompleks Agrobio, Serdang dan Hospital Veterinar, Serdang.

Di Wilayah Sepang pula, ia membabitkan IOI; IKRAM; Taman Suria Tropika; MARDI; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); Dato’ Abu Bakar Baginda; Taman D’Alpina; Taman Prima Tropika; Taman Alam Putra dan Plaza Tol Ayer Hitam (SKVE).

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som, berkata pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Jika mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Maklumat ini juga boleh diperoleh dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ‘facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas,” katanya. 

terkena jugak nampaknya kawasan rumah aku. nasib baik malam la kan, waktu tido...kena tadah air je la utk mandi pagi hihi

Keputusan Penuh Malaysian F1 Grand Prix 2010


sumber dari sini


sure ramai dah tau resultnya kan..layan je full result nih..

Jom Tengok 2010 Malaysian Grand Prix F1

Salam Ahad.

Nampaknya hari ni adalah hari tumpuan untuk peminat2 F1 lagi2 pulak race kat Malaysia. Sapa2 yg dah ada ticket tu, sure dah ada kat sana tak pun dah on the way pun sebab event dia start awal jugak bermula dgn race2 kategori lain.

Teringat pulak masa aku first time pegi tgk F1 tahun 2002 dulu, excited gile bila dgr bunyi engine keta F1 yg macam bunyi engine jet tu haha. Last2 tak tahan pegi gak beli penutup telinga, harga mahal beb. Tapi kalau aku tak beli karang mau balik terus jadi pekak pulak sebab masa tu dapat tempat duduk kat grandstand. Mmg kat situ la tempat diorang nak pecut pun sebab jalan straight.

Ni dah 2 tahun tak pegi rasa mcm boring gak bila tgk kat rumah. Tp relax sikitla boleh tgk dgn tenang takyah la nak berpanas2 kat sana hehe. foc lagi pun hehe.

So utk peminat2 F1, race arini start pukul 4. starting grid arini nampaknya mark webber akan lead the race.


result qualifying nih dari sini

this year gak mcm best sikit sbb ada 2 team yg boleh di associate kan dgn team malaysia. more reason to watch F1 kan.

F1 Sepang: Button and Brawn Victorious After Rain Stops Play in Malaysia and Full Results



Brawn GP's Jenson Button nampaknya menang second race in a row after the Malaysian Grand Prix .Nick Heidfeld second place for BMW Sauber, with Timo Glock third for Toyota.

Half points je awarded as the race tak sampai three quarter pun.

nasib baik diorang tak restart..kalau restart ntah pukul berapa nak abis ek..ada half round lagi tuu..tapi sure interesting nak tgk diorang race dlm gelap..