Showing posts with label ikhlas dalam beramal. Show all posts
Showing posts with label ikhlas dalam beramal. Show all posts

Betulkah Orang Ikhlas Selalu Tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”

Alkisah Ikhlas Dalam Beramal..


Mari kuajarkan kamu tentang ikhlas, kata seorang guru kpd muridnya.

Nanti saya ambikkan buku dan pena untuk menulisnya.

Tak payah bawak karung guni je, balas guru.

Karung guni? soal muridnya spt tidak percaya.

Jom kita ke pasar!

Dlm perjalanan ke pasar mrk berdua melalui jln yg berbatu-batu.

Kutip batu2 yg besar dan masukkan dalam guni yg kau bawak tu, kata guru memberi arahan.

Tanpa soal, muridnya buat spt yg disuruh.

Cukup? tanya si murid.

Belum. isi sampai penuh karung guni itu. balas gurunya.

Sampai di pasar, mrk berdua tidak membeli apa2. berlegar2, melihat2 dan kemudian mula beredar keluar.

Tuan guru, kita tak beli apa2?

Tidak, bukankah karung gunimu dah penuh?

Ya, ya, kata murid kelelahan.

Byk beli barang, tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dgn guni yg kelihatan berat itu.

Wah, tentu mereka berdua ini org kaya! byk sungguh brg yg dibeli, kata seseorang.

Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot, kata seorang lagi.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yg berisi batu itu sambil berkata, oh letih sungguh..apa yg kita nak buat dgn batu2 ni tuan guru?

Tak buat apa2, balas tuan guru.

Eh kalau macam tu penat je lah saya, balas muridnya.

Letih mmg letih tapi kamu dah belajar tentang ikhlas.

Ikhlas? si murid kehairanan.

Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dlm beramal.

Dgn memikul batu2 ini?

Ya. batu2 ini umpama amalann yg riak. tidak ikhlas. org memujinya spt org2 di pasar tadi memuji byknya barang yg kamu beli. tapi kamu sendiri tahu itu bukan barang keperluan, tapi hanya batu2.

Amal yg ikhlas umpama batu2 ini?

Ya, hanya berat sahaja yg ditanggung. dipuji org, tetapi tidak ada nilainya disisi Allah s.w.t. yg kamu dapat hanya penat.

Ya skrg saya paham akibat tidak beramal dgn ikhlas.

Pengajaran: ramai manusia tertipu dlm beramal kerana mengharapkan pujian. padahal kata2 pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dlm keadaan bermuka2. rugi benar org yg tidak ikhlas , terseksa didunia dan akhirat. sapa la suruh...nauzubillah

sumber: majalah solusi