Iktibar di Jalan Raya

untuk korang2 yg nak balik beraya..berhati2 di jalan raya

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yg bernama Jimmy.
Diorg ni xpernah jumpa sebelom nih, juz msg n call jer… gambar pon diorg xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Kerana nak jumpa sangat2

Diaorg pon berpakat akan berjumpa pada hari raya pertama, dan bercadang untuk berjumpa di rumah Julie di Perlis

Julie telah beritahu keluarga dia yg Jimmy akan dtg beraya kerumah mereka,

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum hari raya, Julie terlibat dengan satu kemalangan dan telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Mayat Julie selamat dikebumikan.


Seluruh keluarga Julie sangat bersedih atas pemergian Julie, Julie didapati terkorban dlm kemalangan tersebut.

Akan tetapi Jimmy tidak mengetahui hal ini.. kebetulan hp Jimmy rosak pada hari kematian Julie, sehari sebelum raya barulah hp dia siap dibaiki…

Apabila hp dah ok, Jimmy terus msg Julie, Mesej yg dihantar oleh Jimmy tersebut semua di'reply'…

Pada hari yg ditetapkan, dgn alamat yg pernah diberi oleh Juie kepada Jimmy…

Jimmy bertolah dr Johor pd awal subuh syawal, dan sampai di Perlis pd petang ari tu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kawan baiknya..

Bila sampai saja dirumah Julie, dia terus bg salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie…

Ibu bapa Julie pon menyuruh Jimmy duduk, mereka perbualan dengan bertanya tentang diri Jimmy…

Tetapi mata Jimmy terjengguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ader dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok diri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual, Jimmy pon Tanya pasal Julie kerana beliau tidak tahan nak berjumpa dgn Julie..

Ibu bapa Julie menyarankan supaya Jimmy byk bersabar.. Jimmy semakin hairan, dan bertanya kepada ibubapa Julie

"kenapa makcik gan pakcik? Apa ya da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie…

Jimmy semakin kehairanan…

Jimmy bertanya "bila makcik?? Sbb apa??"

Ibu bapa Juie pon menceritakan tentang hal kejadian.. Jimmy agak terkejut,

tetapi Jimmy tidak percaya kerana beliau ada sms dgn Julie sebelum berangkat ker Perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kepada ibu bapa Julie…

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut, ibu bapa Juie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memang Julie yg punya..

Untuk mendapatkan kepastian, ibu bapa Julie bawak Jimmy ke tanah perkuburan Julie…

Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Juile….

Memang betol Julie sudah mati dan berada didlm kubur tersebut…

Jimmy semakin hairan dan ketakutan…

Sebelum Julie meniggal, Julie telah berpesan kepada org tua dia supaya kalo dia mati, tnm skali hp dia sbb dia terlalu syg kat hp nih…

Ibu bapa Juie turut menceritakan hal ini kepada Jimmy

Jimmy pon cuba sms Juie didepan ibu bapa Juie, "awak ngah wat pe??"

Tidak lama kemudian, hp Jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima, apabia buka shj sms tersebut, kesemua meraka terkejut beruk kerana sms itu di balas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi "xde wat papepon… awk da sampai ker??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI?"

Dan Julie pon balas "memang sy da meninggal…"

Jimmy cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANA AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian, hp Jimmy pon berbunyi lg… kesemua mereka menjadi panik, takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa Jimmy hendak membaca sms tersebut… apa bila mereka baca sms tersebut, mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga…

Kerana sms tersebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA"….. hahahahahahhahahahaha…...kat atas blog aku pun ada iklan digi gak hahaha

5 comments:

Tirana said...

Beria-ia baca cerita ni..serammmm tapi rupanya iklan digi...Amboi zamz..buat orang suspen aje..

Anonymous said...

haha tirana...saja laa

Anonymous said...

hahahahah...hampeh la ko!!!

Anonymous said...

Brengsek kau zamz, suspense je baca cerita ni

Zamz said...

hahaha shaxx, nenek posa2 tak baik marah2 tau hehehe

Post a Comment