Keistimewaan 10 Terakhir Ramadan

sedar tak sedar kita dah masuk peringkat ketiga bulan puasa nih..tinggal 10 hari je bulan ramadhan nih..maybe boleh buat muhasabah diri kan..apa yg tak cukup in terms of ibadah la kan..tapi masalahnya time2 camnila lebih byk plak kita focus pasal persiapan raya...

ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.

Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).

Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan.

Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.

Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak seperti mana (di bulan) selainnya. Full Article

3 comments:

Myza Pesona said...

Memag betul diam tak diam, Ramadhan dah hampir ke penghujungnya!Malam2 terakhir ni sepatutnya dipenuhi dgn melakukan ibadah dan bukannya membuang masa melakukan perkara yang tak berfaedah! Sama - samalah kita muhasabah diri kita, mudah -mudahan 10 malam terakhir ini memberi kita rezeki yang lebih baik dan keberkatan dalam kehidupan, Amin!

Meooo Comicore Club said...

sekejap je ye. harap2 kita jd insan terpilih.

Zamz said...

emm tulah kejap je waktu berjalan..tapi kita ada perubahan ke tak..kena pikir sendiri hehe

Post a Comment