Matematik, Sains Disyor Dalam Bahasa Malaysia

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan melaksanakan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik serta subjek lain dalam bahasa Malaysia kecuali bagi subjek bahasa pilihan.

Ini berikutan kegagalan 146,000 murid sekolah negara ini memahami aspek asas subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata laporan keputusan peperiksaan serta kajian yang dibuat beberapa pihak mendapati 30 peratus murid sekolah ternyata gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI.

adeh diorang ni tak penah pikir ke asik nak tukar2 kesian budak2 confuse. dahla gomen dah belanja berbilion utk menda nih..sedap2 je nak cadangkan utk tukar. aku rasa patutnya tunggu jela dulu..result nya bukan boleh nampak dlm jangka masa yg singkat..just becos ramai dpt d dgn e terus nak tukar..

22 comments:

Anonymous said...

la...
nak tukar lagi ke?
kesian lah kat student2 tu..
konfius dorg nanti..
lagipun, pelajar mungkin baru dengan sistem ini, pastilah ada banyak yang kurang.. dan pengenalan subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris bukan dari peringkat awal.. masuk2 tingkatan 1 baru subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris...

su said...

cegu2 pon turut konpius dgn kehendak KPM..

Myza Pesona said...

Memang tak patut tukar pun! Bila tukar dasar atau buat polisi baru, pihak atasan hanya cakap sahaja! tapi yang melaksanakan atau merancang adalah para guru yang akan dipanggil oleh pihak Kementerian.Guru-guru yang dipanggil akan membuat ABM, BBM untuk subjek2 berkenaan. Malas nak cerita panjang, sebab I was involved in all this since 2005 for Technical subjects like Technical Drawing, Engineering Drawing, etc! Everything is the same!

Zamz said...

rasanya cikgu2 pun patut bagi diorang punya opinion jugakkan bukannya ngo-ngo yg tau tgk result je..

JULIE said...

mak bapak pun konpius!

Zamz said...

eh ni sume cikgu2 ke hehe

nanaku said...

alahai wt bazir duit jek.... dulu masa na jdi cikgu xla sush pun budak2 nk bwk subjek maths and science tu..rasanye explanation dlm BM lebih susah...hmmmm bi lebih sng la... ;)

Anonymous said...

nanaku pun cikgu ek..
ramainya cikgu dlm nih

This is me said...

aku rasa bodohla NGO-NGO yang suruh tukar bahasa tuh... takde jiwa raga...

dah bagus dah penukaran bahasa.. apa bende diorang nak memperjuangkan sgt bahasa melayu.. sains dan matematik pun bukan ilmu melayu.. kalua bahasa melayu ,sejarah, agama.. belajar la dlm bahasa melayu...

matematik/sainsa mmg x boleh. bodoh betul//

Anonymous said...

emm tulah apa motif diorang ni ek...rasa cam dah ok nak tukar plak

nurul falah said...

:) entahlah.. bagi saya guna bahasa mana2 pun sama.. yang penting pendekatan dan pengukuhan semasa pembelajaran.. kalau tukar balik bahasa melayu susahlah kami bakal2 cikgu ni.. kami da ditrain dalam bahasa inggeris..
lagipun kalau bahasa inggeris pelajar2 dapat banyak sumber nak merujuk.. contohnya internet.. buku2 international..

Zamz said...

betul tu nurul byk implikasi kalau nak tukar kan...dari buku, cikgu2 mcm2 laa

@LiYaNNuaR ツ said...

buat option... biar student itu sendiri yg tentukan mengikut kemampuan masing-masing... time subjek maths, sc... buat mcm kelas agama/moral... asingkan dorg... sape nak versi english this site... then yg malay versi that site.. ok tak??? hehehe... ckp mmg senang je kan... huhuhu...

.: Sugar-cRave :. said...

huhuuu...skali masuk sini terpandang lak n3 ni..hehe

emm bg aku lak, sbnarnye pembelajaran dlm BM lg bgus dr BI sbb...sbbnye byk tp yg utama BM tu bahse kite so senang anak2 kite faham dgn mendlm..bkn takat faham je..jgn hnye nak bebagga bajar dlm BI tp tak fham..aku tabik spring kat org2 sini(rusia)(dan kebykkan negara maju lain=france,spain,jepun) walau apepon,bahse diorng diutamakan..lantak r ko ckp BI ke ngan diorng,diorng akn wat bodo je..tp yg paling best, russia tetap maju kehadapan wlaupun tanpa beckp/belajar dlm BI..

haha terover lak aku..renung2kan..hehe..:P

Anonymous said...

aliyannuar...kalau boleh buat camtu senangla..hehe bleh pilih

Anonymous said...

mistaken identity..
masalahnya bukannya bahasa..tapi gomen sendiri put all the effort nak tukar dari bm ke bi dan byk duit dah dihabis kan utk projek ni...

resultnya mmg takleh nampak skrg tapi takes time lah..

yg pentingnya kalau tgk balik dulu2 sbb apa diorang tukar from bm to bi..sbb ramai graduate universiti tak dpt keja kat luar sbb tak boleh communicate dgn baik dlm english

susah nak compare dgn negara2 cam jepun, france etc..sbb negara kita ada byk bangsa dan byk bahasa..

just my 1 cent je..cukupla tuu hehe

Anonymous said...

kepada yang mintak nak tukar balik sains n matematik dalam bahasa melayu, jangan jadi bodoh sangat.. bongkak.. kite seharusnye sedar zaman sekarang penguasaan ilmu bukan di negara kita tetapi di negara inggeris.. memang patut pun sains ngan matematik gune english.. jgn bodoh sangat nanti masuk u jd org bodoh bace soklan pun xpaham.. kalo nak gne bahase melayu kat u pun kene pikir lagi nanti nak cari bahan atau rujukan bahase english.. ingat dulu zaman rasullullah pun ilmuan islam blaja bahase lain nak dapat ilmu.. orang kristian pun blaja bahase arab nak dapat ilmu.. bkan bahase arab sahaje tetapi diorang sanggup blaja bahase al quran.. kite orang melayu asyik nak harap bahase sendiri sahaje.. renung2kanlah dan selamat beramah...

Anonymous said...

mistaken identity
kite xble compare negara kite dengan negare yang dah maju macam jepun, rusia, france, german dan lain2.. kite ni baru nak membangun, sedar la diri kite skit.. diorang technology sume buat sendiri.. kite sume teknologi tumpang orang pnye.. jangan nak compare bkan2 ek.. kene sedar dulu diri kite

Anonymous said...

hek eleh,boleh ke korang bagitau aku,berapa banyak jurutera saintis dan doktor melayu yg lahir dari sistem inggeris?korang tak ingat ke sebelum tahun 1970-an sikit sangat orang melayu yg jadi pakar sains walaupun masa tu maths dan sains dlm english.Bila tukar ke BM barulah ramai orang melayu terer sains lahir termasuk aku yg bukan saja english boleh,malah Jerman dan Jepun pun aku boleh.Dan ketika sekolah,aku cuma belajar sains dlm BM.Dan aku dpt belajar di Jerman.
Pelajar aliran sains dlm BI ni mmg aku akui lebih bodoh dan tidak kreatif berbanding rakan2 sebatch aku ketika sains dlm BM.Apa yg diorang tau cuma voltage=current X resistance.Bila aku putar sikit je soalan,dah tak boleh jawab dah.

Biaq pi la Sc dan Maths dlm BI pun.Yg penting bila aku dah buka syarikat buat komputer ke,kapal angkasa ka,robot ka,sapa2 yg nak kerja di bawah aku mesti lulus ujian sains dan maths dlm BM..Jawab dlm BI,tarak kerja!

Anonymous said...

saya cikgu, dan saya rasa elok tukar ke bahasa melayu. mungkin murid di sekolah saudara boleh faham, tapi fikirla untuk murid-murid lain yang ramai di luar bandar dan pinggir bandar. sekiranya bahasa inggeris yang mahu diperbaiki, maka bahasa inggerislah yang harus ditekankan dengan perlbagai kaedah. Megapa perlu diusik sains dan matematik. Dulu sebelum jepun dan korea membangun pun, dia gunakan bahasa dia sendiri. Apa salahnya kita martabatkan bahasa kita. Penduduk berbilang bangsa, lebih elok gunakan bahasa malaysia. Dulu saudara saudari yang kerja bagus-bagus ni pun adalah dari sistem pendidikan bahasa malaysia juga. Jangan lupa diri hanya kerana saudara saudari sekarang boleh berbahasa inggeris dengan baik.

Anonymous said...

P&P dlm BI ni memang menyusahkan byk pihak.Bg murid yg jauh di pendalaman memang x akan fhm apa pun...bila x fhm murid akan tidur n bercakap je.Bg guru pula terpaksa menghadiri kelas2 BI yg memang buang masa. Mana lg nak study apa yg nk diajar. Bg ibu bapa pula, x boleh bantu anak2 utk subjek Maths n Sains. Pulak tu, nak buat pembaharuan x surney dulu pendapat ketiga2 pihak ini. Bila minta tukar balik ke dalam BM, ada yg merungut byk duit dah dikeluarkan utk PPSMI. Tu la...lain kali nk buat apa pun tanya pendapat pihak yg nk melaksanakannya, bukan buat keputusan mengikut hak peribadi utk membuat "keuntungan".Saya jg berpendapat elaun BISP x patut diberikan kpd guru2 BI.Ini kerana guru2 ini memang dah ke universiti utk belajar bhs tersebut. So, mereka tiada paksaan.Dan mereka senang2 dpt laptop.Sepatutnya guru2 BI bekerja kuat agar murid2 seluruh malaysia memperolehi A & 1A dlm subjek Bi dahulu. Yg sebenarnya guru2 Sains n Maths yg byk membantu memperbanyakkan vocab BI murid.

bukan anon said...

anonymous..secara tak langsungnya maths dan science berjaya improve kan vocab budak2 kan...


ramai sungguh anon yg comment topik nih hehe

Post a Comment