Odyssey ~ Bas Wifi


wah not bad kan..dlm bas pun ada internet coverage..bleh buat live blogging camnih

Odyssey Prestige Coaches Sdn Bhd menjadi contoh dalam sektor pengangkutan awam di negara ini dengan menyediakan perkhidmatan kelas satu kepada penumpang.

Syarikat yang ditubuhkan lebih setahun lalu oleh pasangan adik-beradik Wan Adlan Rahman dan Wan Hamzah Rahman menyediakan perkhidmatan bas ekspres premium dengan layanan bertaraf lima bintang untuk laluan Kuala Lumpur-Singapura khusus bagi penumpang yang mahukan keselesaan perjalanan.

Syarikat yang bukan saja menawarkan perkhidmatan bas ekspres biasa itu menyediakan pelbagai layanan mewah kepada penumpangnya termasuk televisyen plasma, akses Internet tanpa wayar (WiFi), video atas permintaan, ruang tempat duduk luas, makanan dan minuman serta layanan daripada pramugari setaraf perkhidmatan penerbangan penuh.


Odyssey menggunakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar Celcom dengan menempah pakej tanpa had bagi memberikan akses Internet yang baik kepada pengguna dan syarikat itu kini giat menjalankan perbincangan bagi membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan WiFi dalam kawasan negara jiran.

2 comments:

myadlan said...

skrg kt KFC pun da ada wifi. takyah wimax pun sume kedai da berlumba2 nk wat wifi..

lagi best kalo ada wifi dlm bas rapid KL

zamz said...

kat kfc mmg byk yg dah ada..cuma kalau sume bas ke lrt ada pun best gak..cuma kalau dah sesak2 dlm bas bila masa nak surf internetnya hehe

Post a Comment