'Anugerah Datuk Kepada Shah Rukh Khan Memalukan Negara'


nampaknya tak abis lagi cite datuk shah rukh khan nih hehehe..dah lama gak tunggu sapa nak start kutuk2 nih

PENGURNIAAN Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima kritikan pedas daripada Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang menganggapnya sesuatu yang memalukan negara.

Beliau berkata, rakyat tidak melihat sebarang jasa yang disumbangkan Raja Bollywood itu sehingga layak dikurniakan anugerah sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

"Apa jasa yang sudah Shah Rukh Khan sumbangkan kepada negara sehingga beliau layak dianugerahkan gelaran Datuk. Ini sangat memalukan.

"Saya syorkan anugerah bintang ditarik balik kerana tiada jasa yang beliau sumbangkan. Ramai lagi anak Melaka yang berjasa atau seniman tanah air yang layak diberikan anugerah ini.

8 comments:

razifembi said...

macam muka mr bean ... mr bean hendemm lagi ... meluat betul aku dengan "pari-pari" ni

zamz said...

jgn nanti mr bean plak dpt datuk lepas ni hahaha

@k@kPOKPEK said...

walaupun 7 tahun lepas, @pp ni lah diehard fan SRK no 1, @pp tetap x setuju dia dapat gelaran datok tu.. baik bagi kat hang tuah ke hang jebat ker..x kira lah walaupun dah x de di alam fana ini..

Adry said...

aku minat ngan shah rukh khan ni.. tapi aku takla bodoh sangat nak sokong benda macam ni... dia memang tak layak... banyak lagi seniman yang banyak berbakti yang layak dapat gelaran tu...

aku rasa shah rukh khan pun tak peduli sangat anugerah ni...

Tengahhari nanti ada sesuatu yang istimewa di dalam blog saya…. Kami hendak buat sesuatu yang luar dari kebiasaannya, dan kami amatlah berbesar hati jikalau saudara/saudari dapat ambil bahagian dan tunjukkan sedikit sokongan … ikhlas, itu yang penting…

Adry @ http://www.adrysabry.com

su said...

mmg xpatut la...sbb ramai lagik anak jati melaka yg buleh diberi gelaran Datuk atas hasil usaha mereka kan...

Sweetmama said...

dengar dalam berita TV3 dlm dewan parlimen, wakil dr Melaka mempertahankan penganugerahan Datuk kpd SRK.letih akak !!!
alasannyer utk tarik pelancong2 dtg ke Melaka sekali gus dtg ke Malaysia..
apalah sgt SRK buat utk pelancongan di Melaka ekk ? kalau ada pun bukanlah sebesar mana pun..
banyak lagi cara utk menarik pelancong takkan pelancong dr India sj nak dtg Melaka..
Gunakanlah kebijaksanaan wahai wakil Melaka utk dok pk cara2 nak tarik pelancong.... mcm2 ada cara..

*secret said...

kecoh kan isu ni..
tak ngerti lewh..
cemne die leyh dpt..
nak jugak!

Myza Pesona said...

Sama la mcm kes Jean Todt, Pengarah Teknikal Ferrari yg dpt anugerah Datuk dari Sultan Terengganu!

Post a Comment