Berhati2 Di Dalam Rumah

bahaya gak ek kalau tak tau..tau2 je hilang barang...tapi org msia pun boleh gak guna utk keselamatan kan simpan barang ke hehe

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu

16 comments:

Tirana said...

Manusia ni memang kreatif..macam-macam diorang cipta..hehehe

Mak Su said...

teringat kat member seopis, maid indon dia dok curik baju t-shirt mahal2... huhuhu, dia terjumpa orang tu gi jenjalan kat supping mall dok santek jer pakai baju dia.

ada satu rumah tu, maid indon tu curik uwang. riban riban

cHeRyNa PiReS said...

hisshhh...pengotor punye pembantu umah! geli:P

love is forever said...

oits...dalam umah pung kena hati-hati...

taukey said...

hahahaha. ada gak orang cipta benda benda macam nih. hahaha

zamz said...

tirana tula mmg kreatif cuma kalau salah guna tu yg tak guna sikit

zamz said...

maksu...teruk gak ada maid camtu ek..bankrupt majikan

zamz said...

haha cheryna dia tak ingat dah kotor ke tak masa tu hehe

zamz said...

fina mestila dlm rumah pun kena hati2..dlm bilik air pun kena gak haha

zamz said...

fina mestila dlm rumah pun kena hati2..dlm bilik air pun kena gak haha

zamz said...

taukey mmg dah lama ada kot

@k@kPOKPEK said...

isk.. kalau cite pasal PR ni, boleh but buku citer edisi alaf 21.. bagi @pp yang lebih dari 10 tahun ada PR ni mcm2 citer dah di tempuhi dan di dengari. Ada yg bake barang kemas sekali dgn kek sebelum balik kampong pun ada.. tau2 tertinggal dlm oven, bila belah kek, tgk segumpal brg kemas tokey!
depa ni sumer gi Uni of dirty tactics of maids agaknya..

tempe said...

kat mana nak beli suar dlm tu...

leh elak kena ragut tu...

zamz said...

app pun byk experience ek...hopefully takyah la ada experience camni..

zamz said...

tempe kalau rajin buat sendiri pun boleh hehe

*secret said...

fulamak...
ade zip tuhhh..
hahahaha..
kretip sungguh..
lau bab2 wat jaat otak manusia mmg kretip..

Post a Comment